UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :QC Physics
Main Author :Kok, Keng Hon
Title :Pembangunan dan penilaian keberkesanan modul pembelajaran kendiri berasaskan multimedia bagi topik cahaya Fizik tingkatan empat (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2017
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini memfokus pada pembangunan dan keberkesanan modul pembelajaran kendiri berasaskan multimedia bagi topik Cahaya dalam mata pelajaran Fizik ke atas pelajar Tingkatan Empat MRSM. Reka bentuk kajian ini adalah kajian reka bentuk dan pembangunan modul pembelajaran kendiri berasaskan multimedia. Manakala keberkesanan modul dikaji dengan menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen yang melibatkan 254 orang pelajar MRSM. Teknik persampelan rawak berkelompok digunakan dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan set soalan ujian penilaian, borang soal selidik Group Embedded Figures Test (GEFT) dan Maryland Physics Expectations Survey (MPEX). Hasil kajian rintis menunjukkan bahawa nilai pekali kesahan reka bentuk dan kandungan serta nilai kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha untuk modul ini ialah 0.99, 0.99 dan 0.802. Hasil dapatan dianalisis menggunakan ujian statistik inferensi ANCOVA, ANOVA sehala dan Wilcoxon T. Keputusan analisis ujian ANCOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor pencapaian pelajar daripada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen selepas mengawal faktor gaya kognitif. Manakala keputusan analisis ujian ANOVA sehala pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor pencapaian pelajar yang mempunyai gaya kognitif bebas medan, pertengahan medan dan bersandar medan. Analisis ujian Wilcoxon T pula menunjukkan bahawa modul ini tidak memberi kesan yang signifikan dalam jangkaan pelajar terhadap Fizik. Kesimpulannya, modul pembelajaran kendiri berasaskan multimedia bagi topik Cahaya dalam mata pelajaran Fizik yang dibangunkan berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar walaupun pelajar mempunyai gaya kognitif yang berbeza. Namun, modul tersebut tidak memberi kesan menggalakkan yang signifikan dalam jangkaan pelajar terhadap mata pelajaran Fizik. Implikasinya, modul yang dibina menggunakan perisian sumber percuma ini boleh digunakan sebagai persediaan awal sebelum proses pembelajaran dan pemudah cara (PdPc) dijalankan bagi topik Cahaya mata pelajaran Fizik dan ianya juga sesuai digunakan sebagai bahan ulang kaji.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)