UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesedaran kerjaya dalam kalangan murid menengah rendah

AVAILABLE Thesis 1954 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Kesedaran kerjaya dalam kalangan murid menengah rendah
Type
Thesis
Main Author
Nur Hafizah Ibrahim
Subject
LC Special aspects of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2017
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka aspek kesedaran kerjaya dalam kalangan murid menengah rendah di Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru. Terdapat empat aspek kesedaran kerjaya yang dikaji iaitu minat, tanggapan, kematangan dan membuat keputusan kerjaya. Kajian ini juga bertujuan untuk menghasilkan satu model kesedaran kerjaya. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes digunakan dalam kajian ini. Seramai enam orang peserta kajian yang terdiri daripada murid tingkatan dua dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Prosedur pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan protokol temu bual separa berstruktur. Kesahan dan kebolehpercayaan data dilakukan dengan membuat triangulasi daripada pelbagai sumber data dan semakan rakan. Hasil analisis data temu bual, beberapa tema kesedaran kerjaya berkenaan aspek minat, tanggapan, kematangan dan membuat keputusan kerjaya telah dikenal pasti. Tema-tema untuk aspek minat ialah proses kehidupan, faktor kecenderungan sendiri, mengenal potensi diri, membina dan merancang matlamat, pengaruh dan galakan keluarga serta persekitaran, media massa dan kemajuan teknologi, kesesuaian antara personaliti dengan minat, faktor pengalaman, dorongan keluarga dan potensi diri. Tema-tema untuk aspek tanggapan ialah proses merancang kehidupan, akademik menjamin kerjaya dan panduan merancang kerjaya. Tema-tema untuk aspek kematangan kerjaya rujukan memilih kerjaya dan bermotivasi. Manakala tema untuk aspek membuat keputusan kerjaya kepentingan pendidikan, faktor persekitaran dan diri sendiri serta kendiri unggul. Kajian ini juga menghasilkan model kesedaran kerjaya yang terdiri daripada aspek intrinsik iaitu potensi, motivasi dan kendiri unggul serta aspek ekstrinsik iaitu persekitaran, pengalaman, pemerhatian dan sokongan keluarga. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan bahawa murid mempunyai kefahaman mengenai kerjaya, mengetahui minat kerjaya mereka, mereka berusaha mendapatkan maklumat kerjaya dan mereka juga boleh merancang serta membina matlamat kerjaya. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa wujudnya kesedaran kerjaya dalam kalangan murid menengah rendah di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Implikasi kajian menunjukkan bahawa peranan semua pihak khususnya ibu bapa, pendidik dan murid sendiri penting untuk memastikan kesedaran kerjaya dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa supaya murid mempunyai perancangan kerjaya yang jelas.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.