UPSI Digital Repository (UDRep)

Analisis kepercayaan, persekitaran pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan isi kandungan terhadap pendekatan pengajaran guru Biologi

AVAILABLE Thesis 1928 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Analisis kepercayaan, persekitaran pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan isi kandungan terhadap pendekatan pengajaran guru Biologi
Type
Thesis
Main Author
NorHafizah Hamzah
Subject
QH301 Biology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2017
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis kepercayaan, persekitaran pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan isi kandungan terhadap pendekatan pengajaran guru biologi. Selain itu, sumbangan kepercayaan keberkesanan pengajaran, persekitaran pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan isi kandungan terhadap pendekatan pengajaran guru biologi juga diterokai. Sampel kajian terdiri daripada 149 orang guru biologi sekolah menengah daerah Kulim Bandar Baharu, Kuala Muda Yan dan Baling Sik, Kedah. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan rawak. Kajian ini merupakan penyelidikan kuantitatif dan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Instrumen yang digunakan terdiri daripada set soal selidik dan ujian bertulis. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan sederhana positif antara kepercayaan keberkesanan pengajaran dan persekitaran pengajaran terhadap pendekatan pengajaran guru biologi. Walau bagaimanapun, terdapat hubungan positif yang sangat kuat antara persekitaran pembelajaran dengan pendekatan pengajaran guru biologi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan aspek umur, kelulusan akademik dan tempoh pengalaman mengajar terhadap pendekatan pengajaran guru. Pemboleh ubah kepercayaan keberkesanan pengajaran dan persekitaran pembelajaran merupakan faktor utama yang mempengaruhi dan menyumbang kepada pendekatan pengajaran guru. Kesimpulan kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran yang digunakan di sekolah masih lagi berpusatkan guru. Implikasinya, kajian ini boleh digunakan sebagai panduan kepada guru untuk memperbaiki amalan dan kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha mengubah dan mempertingkatkan pendekatan pengajaran guru biologi supaya berpusatkan pelajar bagi menuju pendidikan abad ke- 21.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.