UPSI Digital Repository (UDRep)

Pengukuran elemen KBAT dalam buku teks bahasa Melayu Tahun Enam

AVAILABLE Thesis 1784 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pengukuran elemen KBAT dalam buku teks bahasa Melayu Tahun Enam
Type
Thesis
Main Author
Norziana Mat Rabi
Subject
LB1501 Primary Education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2017
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk mengukur pelaksanaan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pada arahan aktiviti pembelajaran dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tahun Enam. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu menganalisis dokumen untuk mengenal pasti elemen KBAT pada arahan soalan aktiviti pembelajaran bagi setiap kemahiran bahasa. Kajian ini menggunakan Buku Teks Bahasa Melayu Tahun Enam sebagai sampel kajian. Data dikumpul menggunakan senarai semak ciri-ciri elemen KBAT, senarai semak arahan aktiviti pembelajaran dan temu bual pakar bagi mendapatkan respons terbuka. Data yang diperoleh dianalisis, dirumus dan dibandingkan antara setiap kemahiran bahasa. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 50 peratus elemen KBAT diterapkan dalam buku teks. Dapatan kajian juga menunjukkan elemen KBAT sesuai dilaksanakan dalam aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa pelaksanaan elemen KBAT pada arahan aktiviti Buku Teks Bahasa Melayu Tahun Enam menepati kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Impak kajian ini menunjukkan bahawa elemen KBAT masih tidak dilaksanakan sepenuhnya dalam buku teks.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.