UPSI Digital Repository (UDRep)

Perkembangan pertuturan murid-murid bermasalah pendengaran menggunakan video latihan pertuturan

AVAILABLE Thesis 2143 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Perkembangan pertuturan murid-murid bermasalah pendengaran menggunakan video latihan pertuturan
Type
Thesis
Main Author
Ratna Hanin Salleh Udin
Subject
HV Social pathology. Social and public welfare
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2018
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan meneroka perkembangan pertuturan murid-murid bermasalah pendengaran dari segi latihan oro-motor, sebutan bunyi vokal dan sebutan bunyi konsonan menggunakan Video Latihan Pertuturan. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes telah digunakan untuk menjawab tiga persoalan kajian. Tiga instrumen kajian digunakan iaitu pemerhatian berstruktur, senarai semak dan analisis dokumen untuk memperolehi maklumat perkembangan pertuturan. Seramai empat orang kanak-kanak bermasalah pendengaran dipilih menjadi responden melalui teknik persampelan bertujuan. Data dianalisis menggunakan kaedah naratif iaitu huraian perkembangan responden menggunakan Video Latihan Pertuturan. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid bermasalah pendengaran dapat melakukan dengan cemerlang aktiviti membuka dan menutup mulut dan menyedut minuman di dalam latihan oro-motor manakala lemah dalam aktiviti menggerakkan lidah. Kajian juga mendapati murid-murid bermasalah pendengaran dapat menyebut bunyi vokal [o] dan [u] serta bunyi konsonan [p] dengan cemerlang manakala konsonan [q] dan [s] kurang dikuasai. Dapatan kajian juga menunjukkan murid-murid bermasalah pendengaran alami perkembangan positif di dalam latihan oro-motor, sebutan bunyi vokal dan sebutan bunyi konsonan. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan penggunaan Video Latihan Pertuturan telah menunjukkan perkembangan positif di dalam pertuturan murid-murid bermasalah pendengaran. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan Video Latihan Pertuturan sebagai bahan bantu belajar dapat meningkatkan pencapaian murid-murid bermasalah pendengaran belajar bertutur.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.