Analisis pengetahuan, nilai motivasi dan amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan bakal guru Sains
Type
Thesis
Main Author
Nor'Aqilah Ali
Subject
GF Human ecology. Anthropogeography
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2017
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan, nilai, motivasi dan amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan bakal guru sains. Kajian juga ingin mengkaji hubungan antara pengetahuan, nilai dan motivasi dengan amalan kelestarian alam sekitar. Seterusnya, peramal utama kepada amalan kelestarian alam sekitar ditentukan. Kajian kuantitatif ini menggunakan rekabentuk kajian tinjauan dengan sampel kajian 222 orang bakal guru daripada sebuah universiti awam yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Pengumpulan data dilakukan menggunakan instrumen kajian yang mengandungi ujian pengetahuan kelestarian alam sekitar dan soal selidik berskala Likert lima mata bagi konstruk nilai alam sekitar, motivasi alam sekitar dan amalan kelestarian alam sekitar. Analisis deskriptif dan inferensi digunakan bagi menjawab semua soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan tahap amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan bakal guru sains adalah sederhana. Bakal guru sains didapati cenderung ke arah nilai alam sekitar ekosentrik dan memiliki motivasi ekstrinsik terhadap alam sekitar. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dengan amalan kelestarian alam sekitar. Motivasi dan nilai alam sekitar merupakan dua penyumbang yang signifikan terhadap amalan kelestarian alam sekitar dengan motivasi alam sekitar menjadi peramal utama. Kesimpulannya, bakal guru sains kurang pengetahuan tentang konsep kelestarian alam sekitar berbanding pengetahuan alam sekitar tradisional tetapi memiliki nilai yang mengutamakan alam semula jadi. Implikasinya, pemerkasaan pendidikan kelestarian alam sekitar dalam program pendidikan guru perlu dipertingkatkan seiring dengan pemupukan nilai dan motivasi alam sekitar.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.