UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Pemahaman sejarah yang rendah terhadap fakta dan konsep sejarah yang abstrak dalam sesuatu peristiwa sejarah merupakan cabaran kepada murid berpencapaian rendah. Malah, penghafalan fakta daripada buku teks menyebabkan murid tidak memahami makna di sebalik peristiwa sejarah tersebut yang menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran sejarah tidak menarik dan berpusatkan guru. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada pencapaian pemahaman sejarah dapat dipertingkatkan melalui kaedah Sources-Peer Instruction yang diperkenalkan ke dalam mata pelajaran sejarah bagi murid berpencapaian rendah. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah kategori luar bandar di negeri Perlis yang melibatkan seramai 31 orang murid Tingkatan Empat yang berpencapaian rendah yang dipilih dengan teknik persampelan bertujuan bagi Topik Tamadun Awal Manusia. Model Kemmis dan McTaggart, (1988) digunakan dalam reka bentuk kajian tindakan dalam kajian ini yang melibatkan pengumpulan data secara kuantitatif dan kualitatif melalui ujian pra, ujian pasca dan ujian pasca lanjutan bagi ujian pencapaian pemahaman sejarah, temubual dan pemerhatian. Dapatan kajian ini mendapati bahawa terdapat peningkatan pencapaian pemahaman sejarah dalam ujian pasca dan ujian pasca lanjutan secara berterusan bagi murid berpencapaian rendah melalui penggunaan kaedah Sources-Peer Instruction walaupun selepas tamatnya pengajaran. Pemerhatian dan maklum balas daripada temubual dan pemerhatian juga menyokong dapatan kajian ini. Adalah diharapkan bahawa penggunaan kaedah Sources-Peer Instruction perlu diperluaskan ke semua tingkatan yang lain, termasuk ke sekolah rendah dengan topik yang berbeza yang membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran sejarah menjadi lebih seronok dan efektif. |
References |
1. Abdul Razaq Ahmad & Andi Suwirta. (2007). Sejarah dan Pendidikan Sejarah: Pespektif Malaysia dan Indonesia. Bandung: Historia Utama Press. 2. Azwan Ahmad, Abdul Ghani Kaneson Abdullah, Mohammad Zohir Ahmad & Abdul Rahman Abdul Aziz. (2005). Kesan Efikasi Guru Sejarah terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 7, 14-26. 3. Barton, K., & Levistik, L. (2004). Teaching History for the Common Good. Mahwah, New Jersey: Lawrence Erlbaum. 4. Campbell, D.T., & Stanley, J.C. (1963). Experimental and Quasi-experimental Designs for Research. Chicago: Rand McNally 5. Commonwealth of Australia, (2009). A Guide to Action Research (Digital Education Revolution NSW). Australia: Commonwealth of Australia. 6. Crouch, C.H., & Mazur, E. (2001). Peer Instruction: Ten Years of Experiences and Result. American Journal of Physics, 69, 670-977. 7. Dutt-Doner, K.M. (2015). Increasing Pre-service Teachers’ Capacity to Utilize and Implement Primary Source Instruction in the Elementary Classroom. National Teacher Education Journal, 8(1), 13-24. 8. Getman-Eraso, J., & Culkin, K. (2017). Close Reading: Engaging and Empowering History Students through Document Analysis on e-Portfolio. International Journal of e-Portfolio, 7(1), 29-42. 9. Haydn, T., Arthur, J. & Hunt, M. (2001). Learning to Teach History in the Secondary School: A Companion to School Experience. London: Routledge Falmer. 10. Hazri Jamil. (2003). Teknik mengajar Sejarah. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. 11. Hoekstra, A. (2008). Vibrant student voices: Exploring effects of the use of clickers in large college cources. Learning, Media, & Technology, 33(4), 329-341. 12. Hover, S.V., Hicks, D., & Dack, H. (2016). From Source to Evidence? Teachers’ Use of Historical Sources in Their Classrooms. The Social studies, 107(6), 209-217. 13. Johansson, P. (2017). Learning study as a clinical research practice to generate knowledge about the learning of historical primary source analysis. Educational Action Research, 25(1), 167-181. 14. Johnson, D.W., & Johnson, R.T. (1990). Active Learning Cooperative an Individualistic Learning. Boston: Allyn and Bacon. 15. Kalman, C.S., Bolotin, M., & Antimirova, T. (2010). Comparison of the effectiveness of collaborative groups and peer instruction in a large introductory physics course for science majors. Canadian Journal of Physics, 88(5), 325-332. 16. Keiner, L.E., & Burns, T.E. (2010). Interactive engagement: How much is enough? The Physics Teacher, 48(2), 108-111. 17. Kemmis, S., & Mc Taggart, R. (1988). The Action Research. Victoria: Dekin University. 18. Lasry, N., Mazur, E., & Watkins, J. (2008). Peer Instruction: from Harvard to the two-years college. American Journal of Physics, 76(11), 1066-1069. 19. Library of Congress. (2006). Using Primary Sources. Retrieved from http://www.loc.gov/tecahers/using primary sources/ 20. Mazur, E. (1997). Peer Instruction: A User’s Manual. Upper Saddle River. HJ: Prentice Hall. 21. Mohd Rodzi Abdul Razak. (2009). Pembinaan Negara bangsa Malaysia: peranan Pendidikan sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. JEBAT,(36). Bangi: Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia. 22. Nitko, A. J. (2004). Educational Assessment of Students. Ed. Ke-4. Upper Saddle River, NJ: Merril. 23. Nitta, H. (2010). Mathematics theory of peer instruction dynamics. Physical Review Special Topics – Physics Education Research, 6(2), 020105, 1-4. 24. Nokes, J.D. (2014). Elementary students’ Roles and Epistemic Stances during Document Based History Lessons. Theory & Research in Social Education, 42, 375-413. 25. Nunnally, J.C. (1978). Psychometrie Theory (2nd Ed). New York: McGraw Hill. 26. Omardin Haji Ashaari & Yunus Muhammad. (1996). Kaedah Pengajaran sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. 27. Porter, L., Bailey, L.C., Simon, B., Cutts, Q., & Zingaro, D. (2011). A multi- classroom report on the value of peer instruction. In Proceedings of the 16th Annual Joint Conference on Innovation and Technology in Computer Science Education, June, 27029, Darmstadt, Germany. 28. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. 29. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2015) Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Satu. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia 30. Renuka Ramakrishnan & Siti Hawa Abdullah. (2012). Penggunaan Sumber Digital Sejarah Dalam Kalangan Guru Sejarah. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan, Zon Regency by the Sea Johor Bharu, 7-9 Oktober 2012. 31. Shakila Yacob. (2010). Ilmu Sejarah Membina Negara. Utusan Malaysia. 19-10.2010 32. Simon, B., & Cutts, Q. (2012). Peer Instruction: A teaching method to foster deep understanding. Communications of the ACM, 55(2), 27-29. 33. Suntharalingam. (1985). Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican & Sons. Sdn Bhd 34. Turpen, C., & Finkelstein, N.D. (2009). Not all interactive engagement is the same: Variantions in physics professors’ implementation of peer instruction. Physical Review Special Topics-Physics Education Research, 5(2), 120101, 1-8. 35. Wineburg, S.S. (1991). On the Reading of Historical Texts: Notes on the Breach between School and Academy. American Educational Research Journal, 28(3), 495-519. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |