UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :GE Environmental Sciences
ISSN :2289-4470
Main Author :Ang, Kean Hua
Title :Persepsi penduduk terhadap faktor luaran bencana banjir monsun: kajian kes di Kota Bharu, Kelantan
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2018

Abstract :
Kajian ini dijalankan untuk menilai persepsi penduduk terhadap faktor luaran bencana banjir monsun di Kota Bharu, Kelantan. Kajian melibatkan kaedah kuantitatif dengan soal selidik digunakan untuk mengutip data. Seramai 400 orang responden ditetapkan melalui persampelan secara rawak mudah dan pemilihan responden adalah penduduk yang menetap di sepanjang sungai Kelantan bermula dari Kampung Limau Manis ke Kampung Banggol. Penyelidikan ini menggunakan analisis deskriptif dan item soal selidik melibatkan skala likert melalui pendekatan ‘close-ended’. Keputusan menunjukkan majoriti penduduk tempatan memberi reaksi positif dalam sistem ramalan dan amaran tentang hujan lebat dan banjir yang menjadi panduan orang ramai sebagai langkah berjaga-jaga. Selain itu, Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan Pos Kawalan Operasi Bencana (PKOB) diwujudkan untuk membantu dan mengurangkan kesusahan mangsa banjir dengan menyediakan peralatan seperti bot, pacuan 4 roda, dan lain-lain berada dalam keadaan yang sentiasa mencukupi. Kajian juga mendapati agensi-agensi seperti SMART, Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan perkhidmatan perubatan kecemasan harus terlibat dalam misi menyelamat dan bantuan mangsa bencana. Pusat pemindahan untuk bangunan harus mempunyai ruang yang cukup dan selamat, serta mempunyai kemudahan dan keperluan asas seperti air, makanan, dan ubat-ubatan yang mencukupi bagi jumlah mangsa banjir yang ramai. Kesimpulannya, kerajaan harus peka dan berwaspada dalam mengutamakan keselamatan dan kesihatan penduduk tempatan agar terlepas daripada segala perkara buruk yang tidak diingini.

References

1. Ang, K. H. (2017). Persepsi masyarakat terhadap bencana banjir monsun di Malaysia: Kajian kes Kota Bharu, Kelantan. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 12(9), 24-31. 2. Dona Raihana, D. R., Kadaruddin, A. & Kadir, A. (2016). Social Return on Investment (SROI) framework for measuring the real value of Sungai Muda Flood Mitigation Program. Geografi, 4(2), 92-99. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=0c8b2456-7fd8-4d1d-b144-509fe42906e1.pdf 3. Hashim, N.R. (2014). Land use history and secondary forest creation in Negeri Sembilan (Late 19th-Early 21st Century). Geografi, 2(2), 80-95. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=3286ea37-8be9-46ed-9a95-33cf79efe889.pdf 4. Hua, A. K. (2015). An adaptation of Kota Bharu community towards monsoon flood. International Journal of Academic Research in Environment and Geography, 2(1), 27-33. 5. Hua, A. K. (2016). Pengenalan rangka kerja metodologi dalam kajian penyelidikan: Satu kajian kes. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 1(1), 17-23. 6. Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610. 7. National Geographic Official Portal (2015). Floods. Diperoleh daripada http://environment.nationalgeographic.com/environment/natural-disasters/floods-profile/ 8. Ooi, S. H., Azizan, S., & Braesicke, P. (2013). Primary productivity and its variability in the equatorial South China Sea during the northeast monsoon. Journal of Atmospheric Chemistry and Physics; Discussion. (ACPD). pp. 21573-21608. 9. Ooi, S. H., Azizan, S., & Braesicke, P. (2011). A case study of the Borneo Vortex genesis and its interactions with the global circulation, Journal of Geophysical Research: Atmospheres, 116(D21), 1-20. doi: 10.1029/2011JD015991 10. Portal Rasmi Majlis Keselamatan Negara. (2015). Definisi bencana. Diperoleh daripada http://portalbencana.mkn.gov.my/Portal/Board/Detail?board=137&entity=7321 11. Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kota Bharu. (2015). Maklumat taburan penduduk. Diperoleh daripada http://www.mpkbbri.gov.my/maklumat-taburan-penduduk 12. Portal Rasmi Pusat Pengurusan Bencana. (2015). Banjir. Diperoleh daripada http://bencanaalam.jkr.gov.my/content.php?ida=INFO-20080101235958&type=INFO&page=content 13. Sumayyah Aimi,.M. N. & Zulyadini, A. R. (2016). Analisis perubahan gunatanah di daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Geografi, 4(1), 43-55. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=d0e3c901-86ae-4d2e-807c-49b55d8130fb.pdf 14. Tahir, W. (2015). Banjir kuning bagai tsunami ancam Kelantan. Berita Harian Online. Diperoleh daripada http://www.bharian.com.my/node/29743, 17 Januari 2015.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.