UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis geografi pilihan raya dengan mengambil negeri Perlis Indera Kayangan sebagai lokasi kajian yang amat jarang dibincangkan dalam konteks akademik. Berkedudukan jauh di bahagian utara Semenanjung Malaysia dengan saiz yang kecil dan penduduk serta pengundi yang tidak ramai menyebabkan negeri ini dipinggirkan dalam konteks analisis politik negara ini. Namun, faktor geografi keruangan seperti kepencilan, saiz yang kecil serta pemilih yang tidak ramai tersebut sebenarnya menghasilkan suatu keadaan atau senario yang unik dan menarik untuk dikaji. Kajian dan penulisan ini adalah berdasarkan kepada analisis lokasi dan saiz dalam geografi pilihan raya, pemerhatian di lapangan, analisis data keputusan pilihan raya dan rujukan sumber sekunder yang berkaitan dan bersesuaian. Dengan menggunakan analisis data pilihan raya negeri Perlis dan ulasan sumber sekunder, hasil kajian mendapati dari segi analisis geografi politik dan pilihan raya iaitu saiz negeri Perlis, saiz kawasan DUN dan Parlimen yang kecil dengan jumlah pemilih yang tidak ramai menjadikan logistik serta gerak kerja parti politik untuk meraih sokongan adalah lebih mudah. Justeru, dapatan kajian menunjukkan negeri Perlis ini mempunyai keunikan dalam politik yang tersendiri untuk dikaji dan difikirkan. Hasil penemuan ini penting bagi menggalakkan banyak kajian politik di negeri Perlis untuk dilakukan oleh penganalisis politik pada masa hadapan. |
References |
1. Ahmadi Al-Aziz. (1998). Arau. Kuala Lumpur: Usnie Publication. 2. Amer Saifude Ghazali. (2009). Geografi pilihan raya Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 3. Dharmala N. S. (2009). Dari pra pasca merdeka kronologi kepimpinan Perlis. Batu Caves: Thinkers Library Sdn. Bhd. 4. Hartshorne. (1954). Political geography, 211–14. Dlm P.James and C.Jones (eds). American Geography: Inventory and Prospect, Syracuse: Syracuse University Press. 5. Junaidi, A. B. (2016a). Pola pengundian dalam Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-13. Seminar Antarabangsa Ke-5, Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu. Hotel Condotel Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia. Anjuran Bersama: Universitas Hasanuddin (UNHAS), Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia; Institut Alam Dan Tamadun Melayu (ATMA); & Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia. 26-28 Julai. 6. Junaidi, A. B. (2016b). Analisis geografi pilihan raya, sosiopolitik dan sosiobudaya di kawasan Parlimen Bagan Serai, Negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia. The 2016 Konferensi Internasional Budaya Melayu. Anjuran Fakultas Ilmu Budaya, Universitas Jambi (UNJA), Sumatera, Indonesia. Tempat: Kampus UNJA Pasar, Jambi, Sumatera, Indonesia. 26-27 Oktober. 7. Junaidi, A. B. (2017). Geografi pilihan raya negeri Pulau Pinang: Analisis prestasi MCA dan DAP dalam pilihan raya umum (PRU) 2013. Geografi, 5(1), 12-25. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=4738b24c-2cd9-48d6-a7e1-c62aeea3e9fd.pdf 8. Junaidi, A. B. (2018). Pola Pengundian Etnik Melayu dalam Pilihan Raya Kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Kelantan. Dlm. Amer Saifude Ghazali, Zulkanain Abdul Rahman & Rosmadi Fauzi. Merentasi sempadan yang melewati zaman: Kumpulan esei sempena persaraan Profesor Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 9. Junaidi, A. B., Handika Wira, M.F., Mohd Rodzi, A. R. & Ahmad Rizal, M. Y. (2017). Pandangan terhadap perubahan persempadanan bahagian pilihan raya di kawasan Parlimen Hulu Langat dan Serdang, Selangor. Geografi, 5(3), 95-111.Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=ef259479-3a9e-4b15-87b6-6f4e1ae157e0.pdf 10. Junaidi, A. B. , Mohd Fuad, M. J., Novel, L., Ahmad Rizal, M. Y., Lam .K. C., Amer Saifude, G., Rosmadi, F., Mazlan, A., Siti Noranizahhafizah, B., Mohd Faidz, M. Z. & Muhammad Hazim, A. G. (2015). Pengaruh geopolitik popular terhadap gelagat politik pengundi muda universiti awam di Lembah Klang. Geografi, 3(2), 37-44. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=7d294fb7-b2bd-4218-9b4b-acae837ef91d.pdf 11. Junaidi, A. B., Mazlan,A., Mohd Faidz, M.Z. & Ahmad Afif, Z. (2016). Analisis geografi pilihan raya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir, Terengganu. 8th International Conference on Humanities and Social Sciences (ICHiSS) 2016. Theme: Innovation in Humanities and Social Sciences: Opportunities and Challenges” at The Hotel Royale Chulan Damansara, Selangor, Malaysia. Organized By: Fakulty of Defence and Management Study, National Defence University of Malaysia (UPNM) and Prince of Songkla University (PSU), Thailand. In The Royale Chulan Hotel, Damansara, Selangor. 27-29 May. 12. Mohd. Amirul Ariff, L. A. (2002). Pilihan Raya Kecil DUN Indera Kayangan 2002: Analisis Isu, Kempen dan Pola Pengundian. Latihan Ilmiah. Program Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia. (Tidak Diterbitkan). 13. Mohamed Mustafa, I., Rohana.Y. & Ravindra, N.V. (2018). Atlas of political contestation in the 2013 general election in Malaysia: A case of Kedah and Perlis. Sintok, Kedah: Northern Corridor Research Centre, Universiti Utara Malaysia. 14. Noraniza, Y. (2014). Governmentaliti dalam geografi manusia. Geografi, 2(1), 98-110. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=e7414b5e-45d5-417a-9ac2-735b427f3d2f.pdf 15. NSTP Research and Information Services. (1994). Elections in Malaysia: A handbook of facts and figures on the elections 1955-1990. Kuala Lumpur: The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad. 16. Rashidi, M. N. (2014). Pemasaran politik di negeri Perlis: Kajian terhadap isu-isu, calon dan strategi berkempen menjelang pilihanraya umum Malaysia Ke-13. (Tesis Sarjana). Othman Yeop Abdullah Graduated of School Business, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. (Tidak diterbitkan). 17. Ruslan, R. & Noresah, M. S. (1998). Sistem maklumat geografi. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. 18. Sothi Rachagan. (1982). Geografi Politik. Dlm. Dasar ilmu politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 19. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). (2013). Laporan Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri bagi negeri-negeri Tanah Melayu. (Jilid 1-Syor). Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya. 20. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). (2007). 50 tahun demokrasi dan pilihan raya di Malaysia. Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 21. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). (2016). Jumlah pemilih di negeri Perlis sehingga 15 September 2016. Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 22. Wan Ahmad, W. O. (2014). Saya, SPR dan pilihan raya. Shah Alam: Karangkraf Sdn Bhd. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |