UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :GE Environmental Sciences
ISSN :2289-4470
Main Author :Wee, Fhei Shiang
Additional Authors :Mohmadisa Hashim
Nasir Nayan
Title :Tahap kualiti air tasik bekas lombong bijih timah untuk aktiviti rekreasi air di bandaraya Ipoh, Perak (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2018
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Kajian tahap kualiti air tasik bekas lombong bijih timah bagi aktiviti rekreasi telah dilakukan di Ipoh yang melibatkan lima buah tasik iaitu di Gunung Lang, Taman Indah, Kampung Temiang, Lahat dan Kampung Tengku Hussein. Pemonitoran sampel air telah dilakukan selama 12 bulan bermula September 2015 hingga Ogos 2016. Parameter kualiti air yang diukur ialah pH, oksigen terlarut (DO), pepejal terampai (SS), permintaan oksigen biokimia (BOD), permintaan oksigen kimia (COD), nitrogen ammonia (NH3N), E. coli dan logam berat plumbum (Pb), kuprum (Cu), zink (Zn) dan arsenik (As). Parameter kualiti air ini seterusnya dianalisis menggunakan Indeks Kualiti Air (IKA) daripada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS). Dapatan kajian menunjukkan kesemua tasik kajian sesuai dibangunkan aktiviti rekreasi air kerana majoriti bulan cerapan berada pada Kelas II. Nilai IKA secara keseluruhan adalah antara 76-92 peratus (Lahat), 71-86 peratus (Kampung Temiang), 67-90 peratus (Kampung Tengku Hussein), 77-85 peratus (Taman Indah) dan 83-95 peratus (Gunung Lang). Kesemua tasik didapati tidak melepasi tahap piawaian JAS bagi logam Pb. Sebahagian cerapan Tasik Lahat dan Taman Indah pula tercemar dengan logam As. Bagi logam Cu, hanya sebahagian cerapan di Lahat, Kampung Temiang dan Kampung Tengku Hussein menepati standard yang digariskan JAS. Logam Zn pula tidak dapat dikesan di Tasik Lahat dan Kampung Temiang manakala di tasik-tasik lain, nilainya masih terkawal. Pemonitoran dan pengurusan sumber air tasik oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh secara berterusan amatlah wajar agar kualiti air terus terpelihara dan selamat untuk aktiviti rekreasi air.

References

1. Ahmad Abas, K. & Lai M.H. (2001). Analisis kandungan logam berat di dalam air dan tisu ikan di Tasik Chini. Malaysian Journal of Analytical Sciences, 7(1), 273-279. 2. American Water Works Association & Water Environment Federation. (2012).Standard methods for the examination of water and wastewater (Rice, E.W., Baird, R.B., Eaton, A.D. & Clesceri, L.S., Ed.). Washington, D.C.: APHA, the American Water Works Association & the Water Environment Federation. 3. Environmental Analysis of Quebec. (2009). Methods for taking, preserving and analyzing samples to monitor the water quality of pools and other artificial reservoirs. Diperoleh pada Jun 15, 2015 daripada http://www.ceaeq.gouv.qc.ca/documents/publications /echantillonnage/piscines_bassinsart_en.pdf. 4. Jabatan Alam Sekitar. (2015). Laporan Kualiti Alam Sekeliling Malaysia 2014. Putrajaya: Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar. 5. Lim S.H., Abdullah Samat & Mohd. Rozali, O. (2001). Kesihatan ekosistem Sungai Labu dari aspek kualiti airnya. Malaysian Journal of Analytical Sciences, 7(1), 157-168. 6. Mahmud. (2005). Kajian penspesiesan dan ketoksikan logam dalam sistem akuatik tasik bekas lombong bijih timah menggunakan model unjuran. (Tesis Doktor PhD). Universiti Teknologi Malaysia- Johor. (Tidak diterbitkan) 7. Mazlin, M., Ismail, B. & Ng, C.H. (2001). Pengelasan kualiti air 1998: Dari pantai ke Kuala Linggi. Malaysian Journal of Analytical Sciences, 6(1), 178-187. 8. Mohamad Adam, O., Zullyadini, A. R. & Wan Ruslan, I. (2014). Sediment and nutrient concentration from different land use and land cover of Bukit Merah Reservoir (BMR) Catchment, Perak, Malaysia. Geografi 2(2), 52-65. 9. Mohd Noor, R. (1998). Logam berat di alam sekitar: Punca dan kesan pencemaran. Shah Alam: Percetakan ITM. 10. Muhamad Ismail, A. (2004). Pembangunan Malaysia dahulu hingga kini. Selangor: Pustaka Mawar. 11. Muhamad Samudi, Y, Norlaili, A. K., Redzuwan, Y. & Amran, A. M. (2008). Kandungan logam berat dan radionuklid tabii dalam ikan, air, tumbuhan dan sedimen di bekas tasik lombong. The Malaysian Journal of Analytical Sciences, 12(1), 172-178. 12. Muhammad Barzani, G., Mohd Ekhwan, T., Ahmad Abas, Mir Sujaul, I. & Tan, C.C. (2008).Water quality of several feeder rivers between two seasons in Tasik Chini, Pahang. Sains Malaysiana, 37, 313-321. 13. Muhammad Taswin, M. (2005). Impact of organic pollution from fish operation to the carrying capacity coastal environment. (Tesis PhD). Institut Pertanian Bogor- Indonesia. (Tidak diterbitkan) 14. Nasir, N., Mohmadisa, H., Mohd Hairy, I. & Mohamad Suhaily Yusri, C. N. (2009). Perubahan gunatanah dan tahap kualiti air sungai di Bandaraya Ipoh, Perak. Malaysian Journal of Environmental Management, 10(2), 115–134. 15. Nor Adilah, A., Masitah, Z., Noor Musfirah, M., Sumayyah Aimi, M. N. & Wan Ruslan, I. (2007). Kualiti air dan nutrien di tanah bencah BIOECODS, Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Geografi, 5(2), 1-12. 16. Premlata, V. (2009). Multivariant analysis of drinking water quality parameters of Lake Pichhola in Udaipur, India. Journal Biological Forum, 1(2), 97-102. 17. Suhaimi, S., Asmadi, A. & Lo, T. T. (2005). Penilaian indeks kualiti air di Lembangan Sungai Ibai, Terengganu. Sains Malaysiana, 34(2), 55-59. 18. United States Environmental Protection Agency. (2014). Basic information about lead in drinking water. Diperoleh pada Februari 10, 2015 daripada http://water.epa.gov/ drink/contaminants/basicinformation/lead.cfm. 19. Villamagna, A. & Murphy, B. (2010). Ecological and socio-economic impacts of invasive water hyacinth (Eichhornia crassipes): A review. Freshwater Biology, 55(2), 282–298. 20. Wan Ruslan, I., Salleh, B. & Zullyadini, A. R. (2013). Sediment and nutrient export by water from an agricultural catchment: An analysis of hysteresis patterns in the Upper Relau River, Penang. Geografi, 1(1), 74-101. 21. World Health Organization. (2003). Zinc in drinking water. Diperoleh pada Jun 23, 2015 daripada http://www.who.int/water_sanitation_health/dwq/chemicals/zinc.pdf. 22. World Health Organization.(2004). Copper in drinking water. Diperoleh pada Jun 23, 2015 daripada http://www.who.int/water_sanitation_health/dwq/chemicals/copper.pdf. 23. World Health Organization. (2011). Arsenic in drinking water. Diperoleh pada Jun 23, 2015 daripada http://www.who.int/water_sanitation_health/dwq/chemicals/arsenic.pdf. 24. Yap Keam, M. (2007). Tin mining in Malaysia- Is there any revival? Diperoleh pada Julai 6, 2013 daripada http://dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/ 15965/1/feature% 20tin%20mining%205pp.pdf.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)