UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :G Geography (General)
ISSN :2289-4470
Main Author :Rosniza Aznie Che Rose
Additional Authors :M. H. Nur Ayuni
M. Z. Rosmiza
Title :Impak sektor pelancongan terhadap perkembangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Cherating, Pahang
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2018

Abstract :
Cherating merupakan sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di negeri Pahang dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berasaskan ikan segar dari laut yang giat dijalankan di kawasan sekitar. Produk PKS yang menjadi permintaan utama pelancong tempatan dan antarabangsa adalah keropok lekor, keropok kering, dan keropok sejuk beku. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk menilai keupayaan penawaran dan permintaan terhadap produk PKS serta impak pelancongan terhadap perkembangan ekonomi pengusaha PKS di Cherating. Proses pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik, menggunakan kaedah kuantitatif dan data dianalisis menggunakan perisian SPSS. Seramai 42 orang daripada 47 orang pengusaha PKS terlibat dalam kajian ini. Pemerhatian juga dilakukan dengan mencatat nota dan mengambil foto sepanjang kajian dijalankan. Kaedah pemerhatian membantu pengkaji melakukan pemerhatian terhadap produk-produk yang dihasilkan oleh usahawan PKS seperti produk yang berasaskan hasil laut. Kaedah ini juga turut menggunakan kaedah temu secara tidak langsung untuk mendapatkan maklumat tambahan berkenaan dengan PKS di Cherating, Pahang. Penyelidik turut menggunakan kaedah pengumpulan data sekunder iaitu kajian perpustakaan, data daripada jabatan dan laman sesawang.Hasil kajian mendapati impak pelancongan terhadap pembangunan PKS di Cherating bersifat positif. Ini dibuktikan dengan kedatangan pelancong yang dapat memberi kesan kepada peningkatan ekonomi pengusaha PKS dari segi hasil jualan, produktiviti, tahap pulangan modal, bonus serta peluang pekerjaan. Melalui hasil kajian yang diperoleh, mendapati bahawa aktiviti pelancongan di Cherating, Pahang perlu dimajukan lagi. Pihak kerajaan negeri Pahang bertanggungjawab untuk mempromosikan negeri Pahang sebagai sebuah destinasi pelancongan yang wajib dilawati oleh semua rakyat Malaysia. Pembinaan tempat pelancongan yang menarik mampu menjadi tarikan pelancong. Sekiranya negeri Pahang menjadi satu destinasi yang popular dan sering dilawati pelancong, sudah pastinya bilangan pelancong ke Pahang khususnya di Cherating semakin bertambah dan ini akan memberi kesan kepada PKS yang dijalankan sekitar Cherating.

References

1. Akbar Ali, A. K., & Nor Diyana, S. (2009). Analisis faktor yang mempengaruhi hasil tangkapan ikan: Kajian kes di perairan Sabak Bernam, Selangor. Prosiding PERKEM, 6(1), 286-304. 2. Ang, K.H. (2017). Sungai Melaka sebagai suatu daya tarikan pelancongan baru di negeri Melaka: Satu ulasan kritis. Geografia Online Malaysian Journal of Society and Space, 12(1). 108-117 3. Ayu Nor Azilah, M., Zetty Nurzuliana, R., & Rosfazila, A. R. (2008). Potential, challenges and direction of small & medium enterprises (SMEs) in the development of the country. National Conference of the Malaysian economy to III (Perkem III), the National Economic Resilience: Policy and Strategy Reinforcement Port Dickson. 4. Bryden, J. M. (1973). Tourism and development. Melbourne: Syndyc of the Cambridge University. 5. Che Mohd Nor, C. M. (1998). Pembangunan IKS di daerah Hulu Langat. Kertas Projek Sarjana Program Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia yang tidak diterbitkan. 6. Fauziah, C. L., Nek Kamal, Y. Y., Baharudin, O., & Ahmad Zainal Abidin, A. R. (2013). Konsep pemasaran tempat dan kepentingannya dalam sektor pelancongan: Kajian kes di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak. PERSPEKTIF, 5(3), 68-79. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/article/2015AR000154 7. Hills, T. L., & Lundgren, J. (1977). The impact of tourism in the Caribbean: A methodological study. Annals of Tourism Research, 4(5), 248-267. 8. Jaafar, M., & Maideen, S. A. (2012). Ecotourism-related products and activities, and the economic sustainability of small and medium island chalets. Tourism Management, 33, 683-691. 9. Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610. 10. Malaysia. (2017). https://www.tourism.gov.my/ Malaysia Tourism Promotion Board. 11. Othman, Z. (2008). Impak industri pelancongan terhadap sosioekonomi pengusaha dan pekerja di kalangan komuniti pulau: Kajian kes di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu. Kertas Projek Sarjana Program Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia yang tidak diterbitkan. 12. Rosniza Aznie, C.R., Ahmad Mustaqim, M., Abdul Rahim, M.N., Rosmiza, M.Z., Novel Lyndon, & Mohd Azlan, A. (2012). Persepsi pelancong terhadap agensi pelancongan di Langkawi Geopark. Geografia Online Journal of Society and Space, 8(7), 147-154. 13. Saadah Mardiah, B. (2014). Penglibatan wanita dalam sektor industri kecil dan sederhana (IKS) di Felda Marang 2, Kemaman, Terengganu. Tesis Sarjana Program Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia yang tidak diterbitkan.. 14. Suhaya, S., Md Shafiin, S., & Norlida Hanim, M.S. (2013). Impak pembangunan industri pelancongan kepada komuniti di Pulau Langkawi. PROSIDING PERKEM VIII, JILID 1 (2013) 207-216. Diperoleh daripada http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVIII/PKEM2013_1D5.pdf 15. Wan Hashim Wan Teh. (1980). Komuniti nelayan di Pulau Pangkor: Beberapa aspek sosial dan ekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 16. Zulkiply Omar. (2015). Sumbangan sektor pelancongan terhadap ekonomi. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia. Diperoleh daripada https://www.mier.org.my/newsarticles/archives/pdf/DrZul14_12_2015.pdf.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.