UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :G Geography (General)
ISSN :2289-4470
Main Author :Mohd Shahril Iqbal Othman
Additional Authors :Mokhtar Jaafar
Rosniza Aznie Che Rose
Title :Persepsi pengunjung terhadap pusat spa di Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2018

Abstract :
Tujuan artikel adalah untuk meneliti persepsi pengunjung terhadap pusat spa memandangkan gaya hidup kini telah merancakkan perniagaan spa. Sehubungan itu, kajian telah dilakukan di 21 buah pusat spa di sekitar Bandar Baru Bangi, Selangor bagi memahami persepsi pengunjung terhadap pusat spa. Proses mengumpul data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik dan seramai 70 orang responden terlibat dalam kajian yang dilakukan. Hasil kajian mendapati golongan wanita dan kelompok umur 21-30 tahun adalah pengunjung yang paling ramai ke pusat spa. Pusat spa berkonsepkan Melayu tradisional lebih diminati (65.7%) manakala jenis pusat spa berasaskan kosmetik lebih kerap dikunjungi (72.9%) oleh responden. Kedudukan lima teratas daripada 20 alasan yang diberikan responden adalah berkait dengan terapi minda dan merehatkan diri. Permintaan terhadap penjagaan kesihatan dan kecergasan fizikal dalam industri spa di bandar ini juga adalah menggalakkan. Ini menunjukkan pusat spa menjadi destinasi alternatif pada warga bandar untuk berehat dan berketrampilan cantik serta cergas. Perniagaan spa mewah seperti spa hotel dan spa pelayaran juga berpotensi untuk dikembangkan di Bandar Baru Bangi dengan fokus kepada golongan berpendapatan tinggi. Ini juga mewujudkan potensi yang positif bagi perniagaan spa, bukan sahaja di Bandar Baru Bangi tetapi juga di kawasan bandar lain di Malaysia.

References

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.