UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Pada era modenisasi ini, transformasi pembangunan berlaku dengan pantas sama ada kawasan bandar mahupun luar bandar. Sehubungan itu kajian telah dilakukan di daerah Putatan, Sabah bagi membincangkan transformasi pembangunan terhadap aktiviti perkhidmatan di daerah Putatan dan kesannya kepada sosioekonomi penduduk tempatan. Putatan pada asalnya merupakan sebuah pekan kecil sebelum ia bertukar status menjadi sebuah daerah. Transformasi yang berlaku di pekan kecil lazimnya menunjukkan prestasi yang positif dalam pelbagai aspek. Kesannya, ia mewujudkan kawasan baru bagi kepelbagaian aktiviti perkhidmatan seperti premis perniagaan, perindustrian, perumahan dan perkhidmatan. Objektif kajian ini adalah (i) mengenalpasti jenis aktiviti perkhidmatan yang terdapat di daerah Putatan dan (ii) membincangkan kesan transformasi pembangunan terhadap aktiviti perkhidmatan dalam konteks impaknya terhadap sosioekonomi penduduk tempatan. Kajian dijalankan berdasarkan kepada pengumpulan data primer dan sekunder. Seramai 97 orang responden yang terlibat dalam mengumpul data dengan menggunakan borang soal selidik dan menggunakan analisis deskriptif. Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai jenis aktiviti perkhidmatan di daerah Putatan seperti perhotelan, pusat membeli-belah, perkhidmatan pengangkutan awam, perniagaan, kesihatan dan pendidikan. Secara keseluruhannya, transformasi pembangunan terhadap aktiviti perkhidmatan memberi impak yang positif kepada sosioekonomi penduduk tempatan dan kesannya dapat dilihat dalam beberapa indikator iaitu peningkatan taraf pendidikan, kesihatan penduduk yang lebih baik, peningkatan pendapatan penduduk, kemudahan infrastruktur yang baik serta memberi pelbagai kemudahan lain kepada penduduk untuk menjalani aktiviti harian mereka. |
References |
1. Katiman, R., Abdul Rahim, M. N., Er, A. C., Aishah@Eshah, M., Zaini, S., Hasan, M. N., & Rosniza, A. (2011). Impak pembangunan bandar baru Nusajaya Wilayah Iskandar Malaysia terhadap kesejahteraan hidup penduduk asal setempat. Geografia, 7, 14 - 28. 2. Majlis Daerah Putatan. (2013). Daerah Putatan. Diperoleh daripada www.sabah.gov.my/pdptn/. 3. Mohd Nain, A. S., & Md Yusoff, R. (2003). Konsep, teori, dimensi dan isu pembangunan. Skudai: Penerbit UTM. 4. Nor Hasyifa, A., Zaini, S., Rosniza, A. C. R., & Nor Haniah, S. (2017). Persepsi komuniti pinggir pantai terhadap perubahan cuaca di Kuala Langat, Selangor. Geografi, 5(3), 46-53. 5. Nur Atiqah, A. (2013). Penubuhan pusat transformasi luar bandar sebagai pemangkin ekonomi penduduk luar bandar kajian kes: Pusat Transformasi Luar Bandar, Kelantan. (Tesis Sarjana). Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah. Universiti Teknologi Malaysia. 6. Nurasyikin, M. (2013). Transformasi Pekan Parit Raja: Kajian terhadap kesejahteraan hidup masyarakat. (Tesis PhD). Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Tun Hussein Onn Malaysia. 7. Polonia, G. F. K. (2013). Analysis of sample size in consumer surveys. Diperoleh daripada ec.europa.eu/.../pl-gfk_k._pusczak_-_sample _size_in_customer_surveys_v2_2.pdf. 8. Rosniza Aznie, C. R. & Tee, M. Y. (2017). Kualiti hidup peserta program ladang kontrak di bawah pertubuhan peladang kawasan. Geografi, 5(2), 8-22. 9. Sarmila, M. S, Novel, L., Rosniza Aznie, C. R., Sivapalan, S., & Rusyda, R. (2017). Peranan koperasi dalam meningkatkan pendapatan pekebun Kecil: Kajian kes Koperasi Penanaman Sawit Mampan (KPSM). Geografi, 5(3), 64-71. 10. Tikson, D. T. (2005). Indikator-indikator pembangunan ekonomi dan konsep pembangunan. Diperoleh daripada https://erikadianarizant. wordpress.com/2012/09/02/konsep-pembangunan/ |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |