UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Penyelidikan yang dilakukan bertujuan mensintesis, mengformulasi dan menilai inokulan biosintetik bagi penghasilan resin gaharu. Bagi mengformulasi inokulan biosintetik, beberapa bahan digunakan termasuklah madu lebah, susu segar, sukros, air kelapa, dan kulat Fusarium solani yang diadun dengan menggunakan sukatan tertentu. Inokulan biosintetik diformulasi di makmal Biologi, Fakulti Sains dan Matematik, UPSI. Inokulan biosintetik yang diformulasi diuji terhadap tujuh batang pokok gaharu di Slim River, Perak dengan teknik suntikan lubang bor, suntikan titisan mata, dan sapuan. Hasil resin gaharu dituai dalam tempoh enam bulan dari tarikh suntikan. Sampel resin gaharu dipungut diuji di makmal Kimia, FSM, UPSI. Kualiti resin gaharu dianalisis dengan teknik Kromatografi Gas Spektrometri Jisim (GCMS). Parameter kualiti resin gaharu yang diamati adalah warna dan keharuman. Manakala populasi Fusarium solani dalam inokulan biosintetik dianggar dengan menggunakan model statistik Verhulst. Dapatan penyelidikan menunjukkan bahawa inokulan biosintetik yang diformulasi berjaya menghasilkan resin gaharu dalam jangka masa enam bulan dengan teknik suntikan lubang bor dan titisan mata. Model statistik Verhulst populasi Fusarium solani pada masa (t) yang dibina adalah X(t)=k/(1+(k/x-1)e . Kesimpulannya, penyelidikan ini berjaya mengformulasi inokulan biosintetik dan membina model statistik Verhulst bagi menganggar populasi Fusarium solani. Implikasi daripada penyelidikan ini adalah inokulan biosintetik yang terformulasi sesuai digunakan dalam penghasilan resin gaharu dan boleh dikomersialkan. |
References |
1. Agus Winarsih, Fifi Puspita & M. Amrul Khoiri. (2014). Pengaruh stressing terhadap percepatan pembentukan gubal gaharu pada tanaman gaharu (Aquilaria malaccencis lamk). Jurnal Online Mahasiswa Fakultas Pertanian Universitas Riau, 1(1), 1-15. 2. Brilhante, M.F., Gomes, M.I. & Pestana, D. (2012). Extensions of verhulst model in population dynamics and extremes. Chaotic Modeling and Simulation, 2(4), 575-591. 3. Dudi Iskandar & Ahmad Suhendra. (2013). Uji inokulasi Fusarium sp. untuk produksi gaharu pada budidaya A. beccariana. Jurnal Sains dan Teknologi Indonesia, 14(3), 182-188. 4. Esti Wulandar. (2009). Efektivitas Acremonium sp. dan Fusarium sp. sebagai penginduksi ganda terhadap pembentukan gaharu pada pohon Aquilaria microcarp. Tesis Sarjana tidak diterbitkan, Departemen Biologi, Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam, Institut Pertanian Bogor, Indonesia. 5. Fathima, B.S., Abhinandan, D., Kumar, B.S. & Mohan, B.R. (2013). Mathematical modelling of an endophytic fungus Fusarium oxysporum nfx06 isolated from Nothapodytes foetida. International Journal of Chemistry and Chemical Engineering, 3(2), 123-130. 6. Herawati, C., Batubara, R. & Siregar, E.B.M. (2013). Wood chemical changes in gubal agarwood (Aquilaria malaccensis lamk). Peronema Forestry Science Journal, 2(1), 117-125. 7. Jong, Phai Lee. (2012). Effects of mechanical wounding and infection patterns of Fusarium solani on gaharu formation in Aquilaria malaccensis lamk. Tesis sarjana tidak diterbitkan, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. 8. JPSM. (2015). Manual penggredan gaharu JPSM. Selangor: Alamedia Sdn. Bhd. 9. Liu, Y., Chen, H., Yang, Y., Zhang, Z., Wei, J., Meng, H., Chen, W., Feng, J., Gan, B., Chen, X., Gao, Z., Huang, J., Chen, B. & Chen, H. (2013). Whole-tree agarwood-inducing technique: an efficient novel technique for producing high-quality agarwood in cultivated Aquilaria sinensis trees. Molecules, 18, 3086-3106. 10. Markham, K.R., Mitchell, K.A., Wilkins, A.L, Daldy, J.A. & Lu, Y. (1996). HPLC and GC-MS identification of the major organic constituents in New Zeland propolis. Phytochemistry, 42(1), 205–211. 11. Mega I Made, Dewa Ketut Suanda, Desak Nyoman Kasniari, Wayan Suena & Made Adi Oka Parwata. (2012). Formulasi inokulan jamur pembentuk gubal gaharu pada tanaman ketimunan (Gyrinops versteegii). AGROTROP, 2(2), 139-144. 12. Siran, A.S. & Turjaman, M. (2010). Pengembangan teknologi produksi gaharu berbasis pemberdayaan masyarakat. Indonesia: Pusat Penelitian dan Pengembangan Hutan dan Konservasi Alam Bogor. 13. Sri Suharti, Pratiwi, Erdy Santosa & Maman Turjaman. (2011). Feasibility study of business in agarwood inoculation at different stem diameters and inoculation periods. Journal of Forestry Research, 8(2), 114-129. 14. Summerell, B.A, Laurence, M.H, Liew, E.C. & Leslie, J.F. (2010). Biogeography and phylogeography of Fusarium: a review. Fungal Diversity, 44(1), 3-13. 15. Vries, G.D., Hillen, T., Lewis, M., Müller, J. & Schönfisch, B. (2006). A course in mathematical biology: quantitative modelling with mathematical and computational methods. Philadelphia, PA: SIAM. 16. Yang, M., Fu, H., Liang, Y., Huang, H., Zhao, B., Xie, C. & Chen, N. (2014). Modified transfusion devices, inducer, and procedure for agarwood-inducing by infusion technique. Journal of Chemical and Pharmaceutical Research, 6(7), 2566-2571. 17. Wan, X., Wang, M., Wang, G. & Zhong, W.Q. (2000). A new four-parameter, generalized logistic equation and its applications to mammalian somatic growth. Acta Theriol, 45,145-153. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |