UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kepuasan ibu bapa terhadap kualiti pendidikan prasekolah di daerah Maran, Pahang. Kajian ini juga menentukan perbezaan di antara tahap kepuasan ibu bapa terhadap kualiti pendidikan prasekolah dengan berdasarkan faktor jenis prasekolah, jantina, tahap pendidikan dan pendapatan. Teori Expectancy-Disconfirmation telah digunakan sebagai teori asas kajian ini. Ia disokong oleh model Harris Interactive Poll Organization. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan deskriptif digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan rawak berlapis melibatkan 148 orang ibu bapa, di mana 74 orang ibu bapa dipilih dari tiga buah prasekolah KPM dan 74 orang ibu bapa dipilih dari tiga buah prasekolah swasta di daerah Maran. Daripada 74 orang ibu bapa dari prasekolah KPM dan prasekolah swasta masing-masing, 37 orang ibu dan 37 orang bapa dipilih sebagai sampel secara rawak. Data dikumpul menggunakan soal selidik skala Likert empat mata. Sebelum pengumpulan data, instrumen diuji di sebuah prasekolah KPM dan sebuah prasekolah swasta di daerah Maran untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 23.0. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan tahap kepuasan ibu bapa terhadap kualiti pendidikan prasekolah, manakala analisis inferensi melibatkan ujian t sampel bebas dan ujian Anova sehala yang menerangkan perbezaan antara tahap kepuasan ibu bapa terhadap kualiti pendidikan prasekolah dengan faktor demografi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan ibu bapa terhadap kualiti pendidikan prasekolah adalah tinggi. Ujian t sampel bebas menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara tahap kepuasan ibu bapa dengan jenis prasekolah tetapi tidak terdapat perbezaan signifikan di antara tahap kepuasan ibu bapa dengan faktor jantina. Analisis Anova sehala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan di antara tahap kepuasan ibu bapa dengan tahap pendidikan dan pendapatan ibu bapa. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan bahawa ibu bapa sangat berpuas hati dengan kualiti pendidikan prasekolah yang diberikan kepada anak-anak mereka di daerah Maran, Pahang dengan skor min keseluruhan 3.23. Kajian ini mencadangkan agar kerajaan dan pihak berkepentingan mengambil langkah untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan prasekolah dan memperuntukkan sumber untuk memenuhi tuntutan ibu bapa. |
References |
1. Al Jabery, M., Arabiat, D., Al Khamra, H., Betawi, I., & Jabbar, S. (2014). Parental perceptions of services provided for children with autism in Jordan. Journal of Child and Family Studies, 23(3), 475-486. 2. Al Shatti, H. (2011). Parents’ perspectives of government & private kindergarten systems in Kuwait. Newcastle University. 3. Azizi Yahaya & Jamaludin Ramli (2001). Keberkesanan pendidikan prasekolah KEMAS dan swasta: Perbandingan mengikut persepsi ibu bapa. Universiti Teknologi Malaysia. 4. Charles, G. W. (2011). Parental perceptions of school quality ingGovernment and private schools. Northcentral University, ProQuest Dissertations Publishing. 5. Chua, Y.P. (2014). Kaedah penyelidikan. (Edisi Ketiga). Shah Alam: McGraw-Hill Education. 6. Da Silva, L., & Wise, S. (2006). Parent perspectives on childcare service quality among a culturally diverse sample. Australian Journal of Early Childhood, 31(3), 6-14. 7. Fraenkel, J.R., & Wallen, N.E. (2009). How to design and evaluate research in education (7th Ed.). Boston: McGraw Hill Higher Education. 8. Goldring, E. & Rowley, K. J. (2006). Parent preferences and parent choices: The public – private decision about school choice. National Research And Development Center on School Choice. 9. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan. Bahagian Pengurusan Maklumat. 10. Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 608. 11. Mbise, A. S. (2008). Early childhood service delivery mapping and baseline study in Bagamoyo, Hai, Magu and Mtwara: Summary of findings and recommendations. Dar es Salaam: Ministry of Education and Vocational Training. 12. Noor Azlan Ahmad Zanzali & Mohd Nazri Hamid. (2010). Kesediaan guru program pengijazahan perguruan (PKPG) UTM terhadap mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Universiti Teknologi Malaysia. 13. Norhamiza Ismail. (2009). Faktor-faktor yang mempengaruhi ibu bapa menghantar anak ke prasekolah KEMAS di parlimen Gelang Patah Johor. Universiti Teknologi Malaysia. 14. Norsalmiah Muhammad. (2009). Faktor-faktor yang mempengaruhi ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke prasekolah swasta di daerah Skudai, Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia. 15. Omondi, A. M. (2013). Parental satisfaction with the quality of pre-primary education in Bondo District, Siaya County, Kenya. Unpublished M. Ed Thesis, Kenyatta University. 16. Orodho, J. A. (2009). Elements of education and social science research methods. (2nd ed.). Maseno-Kenya: Kanezia Publisher. 17. Qiu, H. F. (2004). The Study of Parental Consumer Decision Making Behavior of Kindergarten in Taipei and Kaohsiung. Unpublished Master’s Thesis, National Ping-Tung University of Science and Technology, Ping-Tung, Taiwan. 18. Sander, S. (2003). Why quality physical activity programs are important. Department of Health and Physical Education at Tennessee Technological University, Washington, DC. 19. Shabnam, N. (2003). Pre-school education and under-privileged children. New Delhi: Sarup. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |