UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :LB Theory and practice of education
ISSN :1394-7176
Main Author :Roslina Abu Bakar
Title :Hikayat pelanduk jenaka: perkembangan kecerdasan bodily-kinesthetic dan kecerdasan bahasa kanak-kanak dan remaja
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2018

Abstract :
Objek penelitian ini mengenai kehidupan masyarakat seisi rimba menerusi Hikayat Pelanduk Jenaka. Hikayat Pelanduk Jenaka membawa pelbagai penyelesaian masalah yang berupaya mempengaruhi pembangunan jasmani, emosi, intelek dan sahsiah golongan kanak-kanak. Hikayat Pelanduk Jenaka amat sesuai dijadikan medium pengajaran kepada kanak-kanak pra sekolah mahupun remaja awal. Perwatakan yang dibawakan oleh watak-watak binatang menerusi Hikayat Pelanduk Jenaka turut menghubungkan dengan kecerdasan pelbagai yang berupaya membina pengetahuan dan maklumat awal pada peringkat awal pembelajaran kanak-kanak. Hikayat Pelanduk Jenaka amat bersesuaian untuk digunakan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dan remaja awal untuk memperkembangkan kecerdasan yang merupakan keupayaan semulajadi yang dimiliki oleh mereka. Kajian ini mengaplikasikan kaedah analisis kandungan dan berfokus kepada teori Kecerdasan Pelbagai yang dikemukakan oleh Howard Gardner (1983; 1993). Naratif Hikayat Pelanduk Jenaka berupaya dihubungkan dengan pelbagai kecerdasan yang dimiliki oleh kanak-kanak dan remaja. Namun demikian, penulisan ini hanya berfokus kepada kecerdasan bodilykinesthetic dan kecerdasan bahasa sahaja serta hubungannya dengan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dan remaja awal. Objektif kajian ini untuk mengenalpasti Hikayat Pelanduk Jenaka dan hubungannya dengan perkembangan kecerdasan bahasa dan bodily-kinesthetic kanak-kanak dan remaja. Kedua, untuk menganalisis kecerdasan bahasa dan kecerdasan bodilykinesthetic serta hubungannya dengan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dan remaja awal. Kecerdasan pelbagai dan Hikayat Pelanduk Jenaka berupaya membangun perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sahsiah kanak-kanak. Kajian ini berupaya memaparkan kepentingan naskhah Melayu lama dan sumbangannya kepada generasi muda pada era ini.

References

1. Manuskrip 2. Perpustakaan Universiti Leiden, (Cod.Or. 1932). 3. Buku/Artikel 4. Adiwikarta. (2007). Landasan Sosiologi. In Rochman Natawidjaja, Nana Syaodih Sukmadinata, R. Ibrahim, As’ari Djohar (Eds.). Rujukan Filsafat, Teori, dan Praktis Ilmu Pendidikan. Bandung: Universitas Pendidikan Indonesia Press. 5. Amstrong, T. (1993). 7 Kinds of Smart : Identifying and Developing Your Many Intelligences. New York: A Plume Book. 6. Azizah Lebai Nordin. (2004). Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teori dan Amali. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 7. Bateman, A. (2013). Responding to Childrens’s Answers: Questions Embedded in the Social Context of Early Childhood Education. Early Years: An International Research Journal. Vol 33 (3), 275-288. 8. Bell, D. Raynice E., Jean-Sigur dan Kim Y. A., (2015). Going Global in Early Childhood Education. Childhood Education Journal. Vol 91 (2), 90-100. 9. E.P. Wieringa. (1998). Catalogue of Malay and Minangkabau Manuscripts in the Library of Leiden University and Other Collections in the Netherlands in Volume One Comprising The Acquisitions of Malay Manuscripts in Leiden University Library Up to the Year 1896. Leiden University Library: Legatum Warnerianum. 10. Ernawulan Syaodih. (2007). Pendidikan Anak Usia Dini. In Rochman Natawidjaja, Nana Syaodih Sukmadinata, R. Ibrahim, As’ari Djohar (Eds.). Rujukan Filsafat, Teori, dan Praktis Ilmu Pendidikan. Bandung: Universitas Pendidikan Indonesia Press. 11. Gamze Dolu. (2014). A Study Related to the Investigation of Multiple Intelligence Profiles of Gifted and Talented Children acroos Turkey. Journal for the Education of the Young Scientist and Giftedness. Vol 2 (2), 58-66. 12. Gardner, H. (1983). Frames of Minds. The Theory of Multiple Intelligences. Oxford: Clarendon Press. 13. Haviland W.A. (Trans.). (1998). Antropologi. 4th ed. Jakarta: Penerbit Erlangga. 14. Hurlock, E.B. (1978). Child Development. 6th ed. New York: McGraw-Hill, Inc. 15. Kamaruzzaman A. Kadir (1985). Estetika dalam Puisi Melayu Moden: Ditinjau dari Aspek Bahasa. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pengajian Melayu – Antara Tradisi dan Perubahan, anjuran Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya 23-25 September. 16. Loredana – Andreea Stãncunã dan Aneliz-Iulia Crãciun. (2011). A Multiple Intelligences Appoach: Intuitive English Learning – A Case Study For k-1 students. Procedia Social and Behavioral Sciences. Vol 11, 72-76. 17. Maker C.J., Sarouphim, K. (2009). Problem Solving and the DISCOVER Project Lesson from the Dine (Navajo) People. In Jie-Qi Chen, Seana Moran, Howard Gardner (Eds.). Multiple Inttelligences Around the World. San Francisco: John Wiley & Sons, Inc. 18. Mohd. Sharani Ahmad. (2005). Psikologi Kanak-Kanak Cara Mudah Memahami Psikologi Bayi dan Kanak-kanak. Bentong, Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. 19. Nana Syaodih sukmadinata. (2007). Pendidikan Dasar. In Rochman Natawidjaja, Nana Syaodih Sukmadinata, R. Ibrahim, As’ari Djohar (Eds.). Rujukan Filsafat, Teori, dan Praktis Ilmu Pendidikan. Bandung: Universitas Pendidikan Indonesia Press. 20. Roslina Abu Bakar. (2013). Komunikasi Dua Hala Terancang Satu Aplikasi dalam Penyampaian Cerita Rakyat Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 21. Roslina Abu Bakar. (2014). Interaksi Sosial dalam Penyampaian Cerita Rakyat Melayu. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 22. Sternberg, J.R. & Detterman, K.D. (Eds.). (1986) What Is Intelligence? Norwood. N. J: Ablex Publishing Co. 23. Sabariah Abdullah. (2005). Istiadat Diraja Melayu. Petaling Jaya: Pustaka Cahaya Intelek. 24. Semra Erkan, M. Burcu Öztürk. (2013). A Study On The Multiple Intelligences Of Kindergarteners From Different Socioeconomic Backgrounds. Procedia - Social and Behavioral Sciences. Vol 106, 250-258. 25. Sternberg, J. R. & Detterman, K.D. (Eds.). (1986). What Is Intelligence?. Norwood, N.J: Ablex Publishing Co. Sudardja 26. Syed Alwi bin Sheikh al-Hadi. (1965). Adat Resam Melayu dan ‘Adat Isti’adat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.