UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Fathurohman, Apit
Title :Pembangunan manual kaedah kuliah interaktif dan kesannya kepada pencapaian serta sikap pelajar terhadap fizik (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2017
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Penyelidikan ini bertujuan membangun Manual Kaedah Kuliah Interaktif (KKI) bagi tajuk Daya dan Gerakan untuk pelajar tahun pertama Universiti Sriwijaya dan menilai kesannya kepada pencapaian serta sikap pelajar terhadap fizik. Hubungan antara pencapaian dan sikap pelajar terhadap fizik juga ditentukan. Pembangunan dan reka bentuk Manual KKI menggunakan model ADDIE dan disahkan oleh pakar dari segi kandungan muka dan isi. Pendekatan kuantitatif kuasi eskperimen digunakan dalam kajian. Responden terdiri daripada 86 orang pelajar yang telah dipilih dengan kaedah persampelan rawak. Sampel terdiri 43 orang bagi kumpulan rawatan dan 43 orang bagi kumpulan kawalan. Tiga instrumen kajian yang telah disahkan digunakan iaitu set soalan pencapaian pelajar menggunakan instrumen Force Concept Inventory (FCI), satu soal-selidik Sikap terhadap Pembelajaran Fizik (CLASS) dan set soal-selidik baharu bagi mengukur persepsi kumpulan rawatan tentang pengalaman mereka menggunakan KKI. Data dianalisis menggunakan statistik inferensi menggunakan ujian korelasi Pearson dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian dan sikap terhadap pembelajaran fizik secara signifikan bagi kumpulan rawatan dan berbanding kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan juga menunjukkan persepsi positif terhadap pengalaman mereka apabila pensyarah menggunakan KKI. Analisis korelasi Pearson menunjukan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian pelajar dengan sikap mereka terhadap fizik. Kesimpulannya, penyelidikan ini telah berjaya membangunkan satu manual pengajaran yang sah dan berkesan berdasarkan kaedah kuliah interaktif. Kajian ini memberi implikasi bahawa pembelajaran KKI dapat digunakan sebagai kaedah alternatif bagi pembelajaran daya dan gerakan di universiti. Penggunaan manual dapat memperkayakan bahan rujukan dan bahan pengajaran dan pembelajaran fizik di universiti.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)