UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk memahami dan memperjelaskan ekspresi karya seni muridmurid Penan di Baram melalui pendekatan kebudayaan dan kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran guru dalam Pendidikan Seni Visual (PSV). Kajian ini hanya tertumpu kepada murid etnik Penan di Baram, Sarawak, Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kaedah kajian kes. Teknik pengumpulan data melibatkan temu bual, pemerhatian dan analisis karya. Kajian ini melibatkan 21 orang murid dan 5 orang guru sebagai informan kajian. Terdapat 21 buah karya dihasilkan dalam kesemua aktiviti pengajaran dan pembelajaran PSV berdasarkan pengetahuan murid. Hasil kajian menunjukkan terdapatnya pengaruh persekitaran, keperluan, nilai, perilaku, teknologi dan pengetahuan dalam hasil karya yang di ekspresikan sebagai representasi pengalaman visual murid etnik Penan. Ini telah mewujudkan identity sendiri terhadap gaya dan olahan idea dalam karya yang dihasilkan dan ini memudahkan guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan ciri-ciri kebudayaan dapat mewujudkan identiti terhadap gaya, olahan idea dan kreativiti dalam penghasilan karya. Hasil kajian ini diharap dapat dijadikan panduan dan penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan kebudayaan serta nilai apresiasi terhadap karya. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |