UPSI Digital Repository (UDRep)

Sumbangan lepasan Sultan Idris Training College (SITC) dalam membangkitkan semangat nasionalisme 1922-1957

AVAILABLE Thesis 3144 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Sumbangan lepasan Sultan Idris Training College (SITC) dalam membangkitkan semangat nasionalisme 1922-1957
Type
Thesis
Main Author
Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan
Subject
L Education (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2018
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai sumbangan yang diberikan oleh guru dan lepasan Sultan Idris Training College (SITC) dalam membangkitkan semangat nasionalisme dari tahun 1922 hingga 1957. Lepasan SITC memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme masyarakat Melayu sehingga negara mencapai kemerdekaan. Kaedah penyelidikan kajian ini adalah berbentuk kualitatif yang menggunakan rujukan daripada dokumen primer seperti laporan rasmi, surat- surat persendirian, memorandum dan rekod-rekod tinggalan kolonial yang diperoleh dari The National Archives London, Arkib Negara Malaysia dan Koleksi Arkib Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dapatan kajian ini membuktikan sistem pembelajaran, latihan di luar bilik darjah dan mata pelajaran yang diperkenalkan di SITC terutamanya Bahasa Melayu dan Tawarikh membantu pertumbuhan kesedaran nasionalisme Melayu. Di samping itu, institusi yang membantu pengajaran dan pembelajaran seperti Pejabat Karang Mengarang dan Khutub Khanah SITC memberi nilai tambah dalam proses melahirkan nasionalis Melayu. Penglibatan beberapa tokoh guru terawal dianggap sebagai penyemai benih nasionalisme kepada orang Melayu, manakala lepasan SITC memainkan peranan penting dalam membangkitkan nasionalisme hasil daripada dedikasi mereka yang melahirkan ahli politik dan intelektual yang memfokuskan kegiatan dalam kerangka gerakan pada masa itu. Kesimpulannya, kekuatan yang ada pada SITC ini dapat membangkitkan semangat nasionalisme berbanding institusi lain. Implikasi kajian ini membolehkan pembaca mendapat gambaran sebenar tentang kebangkitan nasionalisme Melayu yang digerakkan oleh golongan pendidik dan menolong melahirkan generasi yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi untuk kemajuan negara

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.