UPSI Digital Repository (UDRep)

Kaum muda penggerak kesedaran kemerdekaan Tanah Melayu 1906-1957

AVAILABLE Thesis 1795 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kaum muda penggerak kesedaran kemerdekaan Tanah Melayu 1906-1957
Type
Thesis
Main Author
Kamarul Afendey Hamimi
Subject
DS Asia
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2018
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Disertasi ini bertujuan mengkaji peranan Kaum Muda sebagai penggerak kesedaran kemerdekaan di Tanah Melayu sekitar 1906 hingga 1957. Kajian ini menilai faktor- faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi perkembangan perjuangan Kaum Muda di Tanah Melayu. Di samping itu mengetengahkan beberapa tokoh pejuang Kaum Muda daripada pelbagai latar belakang aliran pendidikan yang berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memperjuangkan kemerdekaan. Sumber primer dan sekunder digunakan termasuklah kaedah temu bual untuk melengkapkan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan Kaum Muda ini bukan sahaja menumpukan perhatian kepada soal-soal pembaikan dalam ibadat khusus tetapi turut mewarnai dunia politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu. Dapatan kajian juga menunjukkan Kaum Muda merupakan penyuntik awal kesedaran kemerdekaan di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, kajian ini mendapati tidak semua tokoh Kaum Muda terlibat secara langsung dalam politik kepartian. Tokoh-tokoh Kaum Muda pada peringkat awal hanya memberi kesedaran agama terlebih dahulu kepada masyarakat agar kembali kepada ajaran Islam berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah. Manakala generasi kedua Kaum Muda pada era 1930-an turut membangunkan kesedaran tersebut, termasuklah dalam bidang politik, ekonomi dan sosial hingga menimbulkan kesedaran masyarakat untuk menuntut kemerdekaan. Mereka ini bergerak menggunakan beberapa kaedah seperti menerbitkan akhbar, menubuhkan madrasah, persatuan yang akhirnya mewujudkan parti politik. Ekoran daripada kegiatan tersebut, golongan ini turut menerima reaksi masyarakat sama ada berbau positif ataupun negatif. Mereka menghadapi tribulasi dan penentangan baik dalam kalangan pembesar-pembesar Melayu, tokoh-tokoh Kaum Tua dan pihak British. Kesimpulan kajian ini menunjukkan perjuangan Kaum Muda yang dipelopori oleh agamawan merupakan perintis kepada kesedaran kemerdekaan di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun perjuangan mereka tidak sepenuhnya mendapat sokongan rakyat. Implikasi kajian menunjukkan pengakhiran perjuangan mereka untuk menuntut kemerdekaan berjaya menggerakkan momentum kesedaran dalam kalangan rakyat namun golongan ini tidak menjadi penyudah kepada kejayaan mencapai kemerdekaan tersebut. Hal ini disebabkan mereka merupakan golongan yang berhaluan kiri, mendapat tentangan daripada Kaum Tua dan British di samping beberapa kelemahan dalaman yang berlaku dalam perjuangan Kaum Muda itu sendiri

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.