UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Main Author :Bariyah Basiran
Title :Ulama dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah tahun 1909 hingga 1957 (IR)
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2018
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tesis ini memberi tumpuan kepada sumbangan institusi ulama yang terlibat dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam negeri Kedah sekitar tahun 1909 hingga 1957. Fokus utama kajian ialah meneliti kedudukan dan peranan institusi tersebut dalam urus tadbir berhubung hal ehwal agama Islam di era penjajahan British. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji latar belakang sejarah institusi ulama serta penglibatan British dan institusi ulama dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam; menganalisis perkembangan dan perubahan yang berlaku selepas campur tangan British, serta menganalisis kesan dan kepentingan institusi ulama dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam kepada masyarakat Islam di negeri Kedah. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif berdasarkan sumber primer dan sekunder. Antara sumber utama bagi kajian ini termasuk surat peribadi, surat tauliah, sijil pengiktirafan, foto, kitab lama, catatan peribadi, risalah, resit, surat tanah, laporan rasmi, fail, memorandum dan telegram yang di peroleh di Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur, Arkib Negara Malaysia, Cawangan Kedah-Perlis dan Arkib Negara Malaysia, Cawangan Pulau Pinang dan orang perseorangan. Selain itu, sumber sekunder seperti jurnal, buku, artikel, kertas kerja, makalah, disertasi, tesis, penelitian terhadap laman sesawang turut dirujuk untuk menyokong penghuraian dan dapatan kajian. Temubual juga digunakan untuk mendapatkan maklumat dan petunjuk berkaitan dengan kajian. Dapatan kajian menunjukkan penglibatan ulama di era penjajahan British di Kedah berjaya membentuk suatu komuniti ulama yang berada pada status quonya sendiri. Walaupun di peringkat awal institusi ulama dilihat kukuh namun ia semakin lesu apabila berhadapan dengan kerenah birokrasi serta sistem pendidikan dan undang-undang yang diperkenalkan oleh British. Implikasinya kedudukan dan peranan institusi ulama tersebut berada di suatu sudut asing sekadar mengurus hal-hal tertentu dalam masyarakat Islam di negeri Kedah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)