UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Effendy Yusuff
Title :Analisis makna leksis bahasa sukuan dalam korpus bahasa Melayu menggunakan semantik ranah
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2017
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Penyelidikan ini dilaksanakan untuk mengkaji pengekalan penggunaan leksis bahasa sukuan peribumi Sabah dalam korpus bahasa Melayu. Sumber data yang dimanfaatkan adalah daripada data korpus bahasa Melayu yang penyelidik bangunkan sendiri menggunakan Perisian Antconc 3.4.3w. Data korpus tersebut terdiri daripada enam buah novel yang berlatarkan masyarakat peribumi Sabah, iaitu novel Bagaton dan Mariga karya Amil Jaya, manakala novel Dukanya Abadi, Kukui, Dari Dalam Cermin, dan Debur Menerpa karya Azmah Nordin. Sebanyak 145 leksis bahasa sukuan telah dikenal pasti digunakan secara bersama-sama dengan bahasa Melayu dalam data korpus. Analisis dijalankan menggunakan teori semantik ranah (frame semantics) yang dipelopori oleh Charles Fillmore (1982). Dapatan kajian awal menunjukkan bahawa pendekatan berteori linguistik, khususnya semantik kognitif dapat memerihalkan gelagat semantik leksis bahasa sukuan dalam korpus bahasa Melayu. Seterusnya, menyelongkar makna yang cuba digambarkan untuk membawa konsep masyarakat penutur di sebalik penggunaan leksis tersebut. Pendeskripsian yang dilakukan dapat menjelaskan fungsi kewujudan dan kewajaran setiap leksis adalah disebabkan motivasi, potensi dan reputasi leksis tersebut.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.