UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :SD Forestry
Main Author :Nik Mohd Farhan Nik Daud
Title :Potensi penggunaan tumbuhan hutan semula jadi tempatan untuk kawalan hakisan cerun
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2018
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan menganalisis potensi penggunaan tumbuhan hutan semula jadi tempatan untuk kawalan hakisan cerun. Spesies tumbuhan hutan semula jadi tempatan dilihat mampu untuk mengawal hakisan tanah dan mengukuhkan cerun. Kajian ini menggunakan spesies Syzygium papilose (Kelat Paya), Ploiarium alternifolium melchior (Cicada) dan Cratoxylon arborescens (Geronggang) di plot hakisan bagi tujuan melihat kemampuan tumbuhan hutan semula jadi dalam mengawal hakisan dan mengukuhkan cerun. Tempoh pengujian dijalankan daripada Januari 2015 sehingga Mac 2016 dengan jumlah jatuhan hujan sebanyak sebanyak 2685mm. Analisis deskriptif dan regresi digunakan bagi melihat dan menilai potensi spesies. Dapatan kajian menunjukkan spesies Kelat Paya berjaya mengurangkan air larian permukaan (33.77%) dan sedimen (63.97%) tertinggi bagi plot pengujian yang mempunyai rawatan tanah. Tumbuhan Kelat Paya juga mencatatkan pengurangan tertinggi bagi air larian permukaan (31.49%) dan sedimen (62.3%) di plot pengujian yang tiada rawatan tanah. Spesies Kelat Paya turut mencatatkan peratus pengurangan sedimen (48.9%) tertinggi di plot pengujian 70 peratus berbatu. Manakala spesies tumbuhan Cicada mencatatkan pengurangan tertinggi bagi air larian permukaan (24.04%) bagi plot pengujian 70 peratus berbatu. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa spesies yang diuji berjaya mengurangkan jumlah air larian permukaan daripada 23.3% sehingga 33.77%. Ketiga-tiga spesies ini mampu mengurangkan kadar penghasilan sedimen daripada 44.4% sehingga 63.97%. Anggaran kadar kehilangan tanah bagi kawasan kajian adalah sebanyak 453.49 tan per hektar per tahun. Status skala kebolehruntuhan cerun (ROM) berada pada tahap kritikal, disebabkan oleh tekstur tanah adalah jenis berpasir. Kesimpulannya, spesies pokok Kelat Paya adalah yang paling efektif dalam mengurangkan hakisan tanah dan seterusnya mengukuhkan integriti cerun. Walau bagaimanapun, kajian lain boleh dikembangkan dengan cara menggunakan tumbuhan hutan semula jadi lain yang berkemungkinan boleh digunakan di Malaysia, terutama di kawasan yang menerima hujan yang tinggi bagi tujuan pengawalan hakisan di kawasan bercerun.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.