UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HQ The family. Marriage. Woman
Main Author :Che Anuar Che Abdullah
Title :Kecenderungan tingkah laku seks berisiko remaja remaja dengan komunikasi seksualiti dalam keluarga, pengaruh rakan sebaya, efikasi dan estim kendiri
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2018
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji kecenderungan tingkah laku seks berisiko dalam kalangan remaja dan hubungannya dengan komunikasi seksualiti dalam keluarga, pengaruh rakan sebaya, efikasi dan estim kendiri. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti faktor peramal terbaik bagi kecenderungan tingkah laku tersebut. Kaedah tinjauan dipilih sebagai reka bentuk kajian dan seramai 350 remaja dari daerah Batang Padang, Perak telah dipilih sebagai responden kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap kecenderungan tingkah laku seks berisiko remaja berada di tahap sederhana. Walau bagaimanapun, perbandingan jantina remaja menunjukkan kecenderungan tingkah laku seks berisiko lelaki adalah tinggi berbanding dengan perempuan dan dapatan menunjukkan perbezaannya adalah signifikan. Dapatan kajian juga menunjukkan kecenderungan tingkah laku seks berisiko remaja Kristian lebih tinggi berbanding dengan remaja Islam, Buddha dan Hindu dan perbezaannya juga adalah signifikan. Namun begitu, dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara remaja Melayu, Cina dan India. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kecenderungan tingkah laku seks berisiko remaja antara Status Sosioekonomi (SES) tinggi dibandingkan SES sederhana dan SES rendah. Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara kecenderungan tingkah laku seks berisiko dengan pengaruh rakan sebaya, efikasi kendiri, komunikasi seksualiti dalam keluarga dan estim kendiri. Analisis Regresi Berganda menunjukkan faktor peramal terbaik yang mempengaruhi kecenderungan tingkah laku seks berisiko remaja ialah pengaruh rakan sebaya diikuti faktor efikasi kendiri, komunikasi seksualiti dalam keluarga, estim kendiri, agama, jantina dan etnik. Impikasi kajian ini memberi gambaran bahawa pengaruh sebaya adalah faktor utama kepada kecenderungan tingkah laku seks berisiko remaja dan pelbagai pihak perlu memberi perhatian kepada faktor ini dalam usaha untuk menangani masalah sosial ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.