UPSI Digital Repository (UDRep)

Akal budi dalam peribahasa Melayu Sarawak

AVAILABLE Article 1433 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Akal budi dalam peribahasa Melayu Sarawak
Type
Article
Main Author
Abang Patdeli Abang Muhi
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
ISSN
1675-4271
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of publication
2018

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis genre dan akal budi yang terdapat dalam peribahasa Melayu Sarawak. Reka bentuk kajian ialah kajian kepustakaan yang bertujuan untuk mengenal pasti jenis peribahasa yang terdapat dalam beberapa buah buku berdasarkan pendekatan induktif daripada aspek genre dan akal budi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis peribahasa, menjelaskan struktur peribahasa dan menganalisis akal budi dalam peribahasa. Teori Peribahasa Za’ba dan Teori Semantik Geoffrey Leech diaplikasikan dalam kajian ini. Teori Za’ba digunakan untuk menentukan jenis-jenis dan fungsi peribahasa. Teori Leech menghuraikan jenis-jenis makna kiasan dan unsur-unsur akal budi. Data kualitatif kajian dipungut berdasarkan temu bual dua orang informan yang merupakan penutur asli Bahasa Melayu Sarawak. Kriteria pemilihan informan adalah tokoh rujukan yang berusia, berwibawa dan berkearifan mengenai sastera lisan Melayu Sarawak. Salah seorang daripada informan ialah penulis dua buah buku pantun Melayu Sarawak. Dapatan kajian kepustakaan dan temu bual dengan informan mendapati 1,373 rangkap peribahasa Melayu Sarawak. Berdasarkan genre ditemukan simpulan bahasa sebanyak 964 rangkap, pepatah atau bidalan 266 rangkap, perumpamaan 91 rangkap, nilai kepercayaan 46 rangkap dan pantun dua baris berima sebanyak 6 rangkap. Genre yang paling dominan ialah simpulan bahasa, namun tidak terdapat peribahasa jenis perbilangan dan lidah pendeta. Kajian juga mendapati aspek akal budi dalam peribahasa Melayu Sarawak menunjukkan pelbagai tema dan makna yang muncul berkaitan dengan ilmu pengetahuan, falsafah, pemikiran, budaya, pandangan hidup dan daya cipta. Implikasi penting kajian ini ialah 1,373 rangkap peribahasa itu boleh diterbitkan, dijadikan artifak sastera dan budaya serta sumber kajian tentang masyarakat Melayu Sarawak.

References

1. Abang Yusof Puteh. (1997). The Malay mind. Shobra Publications Sdn. Bhd., Kuching, Sarawak. 2.Abang Yusuf Puteh. (2008). Adat perkahwinan orang Melayu Sarawak edisi kedua. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. 3. Abdullah Hussain. (1975). Kamus istimewa peribahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. 4. Asmah Hj. Omar. (1986). Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. 5. Asmah Haji Omar. (1992). Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 6. Awang Hasmadi Awang Mois & Sanib Said. (1998). (Penyunting). Masyarakat Melayu Sarawak: Himpunan Kertas Seminat Budaya Melayu II. Yayasan Budaya Melayu Sarawak, Kuching. 7. Hamidah et. al. Petua, Pantang Larang dan Kepercayaan Tradisi. Wajah Melayu Sarawak, Rampaian Ilmu Budaya. Awang Azman Awang Pawi (Ed.). Yayasan Sarawak, Kuching. 8. Hamka. (2009). Falsafah Hidup. Pustaka Dini Sdn Bhd: Shah Alam. 9. Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu tradisional: satu pembicaraan genre dan fungsi. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 10. Hassan Ahmad. (2016). Bahasa dan pemikiran Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. 2016. Keris Mas. (1988). Perbincangan gaya bahasa sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. 1988p Laurent Metzger. (2009). Nilai-nilai Melayu: satu sudut pandangan orang luar. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. 11. Nor Hashimah Jalaludin. (1992). Semantik dan Pragmatik:Satu Pengenalan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. 12. Nor Hashimah Jalaludin. (2014). Semantik dalam akal budi Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi. 13. Sanib Said. (2013). Melayu Sarawak: Sejarah yang hilang. Universiti Malaysia Sarawak: Kota Samarahan. 14. Yayasan Budaya Melayu Sarawak (Pengumpul). (2003). Budaya Melayu dalam realiti baru: Esei pilihan Seminar Budaya Melayu Sarawak III. Yayasan Budaya Melayu Sarawak: Kuching. 15. W. Mieder. (1993). Proverbs are never out of season;Popular wisdom in Modern Age. Oxford University Press: New York. 16. Za’ba. (2009). Mencapai Keluhuran Budi. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.