UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis unsur-unsur sejarah baharu dalam novel `1515` dari perspektif Persejarahan Baharu. Kajian ini adalah sebuah kajian kepustakaan. Sumber utama data kajian ialah novel `1515` karya Faisal Tehrani (2003). Data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan dan dibincangkan secara deskriptif berpandukan idea teori Historisisme Baru oleh Stephen J. Greenblatt. Berdasarkan analisis yang dilakukan, kajian ini mendapati enam unsur sejarah baharu yang penting yang dapat dikenal pasti iaitu kisah watak wanita Nyemah Mulya dalam era pemerintahan sultan Mahmud Shah, kisah keperwirawati tokoh wanita Nyemah Mulya menentang Feringgi di Melaka, Alfonso Albuquerque mati dibunuh Nyemah Mulya, tokoh wanita memimpin armada perang Melaka menyerang Lisbon, Portugal ditakluk Melaka dan orang Melayu membina empayar pemerintahan di Portugal pada tahun 1515 hingg 1580. Kajian ini juga mendapati unsur sejarah baharu yang terdapat dalam novel mempunyai kaitan langsung dengan sejarah lama khususnya sejarah kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511, sejarah pentadbiran Sultan Mahmud dan sejarah perang Melaka Portugis. Berdasarkan dapatan ini, kajian ini mencadangkan supaya sejarah lama tentang penjajahan Barat di tanah Melayu khususnya sejarah penjajahan Barat di Melaka dinilai semula supaya fakta dan keterangannya lebih tepat dan sesuai dengan realiti bangsa Melayu masa kini. |
References |
1. Abdul Halim Ali. (2011). Sajak pulang Si Tenggang dalam perspektif historisisme baru. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 22, 2011. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. 2. Abdul Halim Ali. (2014). Teori historisisme baru: sorotan idea dan aplikasi kritikan. Tanjong Malim: Penerbit Persatuan Penulis Budiman Malaysia. 3. Bambang Purwanto. (2001). Historisisme baru dan kasadaran dekonstruktif. Jurnal Humaniora, Volume XIII No.1/2001, Universitas Ghajah Mada, Indonesia. 4. Bressler, C.E. (1999). Literary criticism: An introduction to theory and practice, (2nd Edition). Prentice Hall: New Jersey. 5. Faisal Tehrani. (2003). 1515. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. 6. Guerin, L W. et al, (1992). A handbook of critical approaches to literature (3rd Edition). Oxford University Press. 7. Mana Sikana, (2015). Teori sastera kontemporari. Bangi: Penerbit Pustaka Karya. 8. Mana Sikana. (1998). Teori dan kritikan sastera pascamodenisme. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Rice, P. & Waugh, P. (1993). Modern literary theory (2nd Edition.) London: Edward Arnold. 9. Sohaimi Abdul Aziz. (2014). Teori dan kritikan sastera (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 10. Sohaimi Abdul Aziz. (2015). Satu kaedah bacaan tekstual dalam orientasi sejarah terhadap Atas Nama Cinta`, Kertas kerja dibentangkan pada Seminar Sejarah dan Persejarahan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. 11. T.F. Earle & John Villiers. (1995). Albuquerque Caesar Timur (Teks-teks pilihan daripada Afonso de Albuquerque dan anaknya). (terj). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 12. Tennas Effendi. (2006). Merebut semula Melaka: Peranan Sultan Mahmud Syah dan Tun Fatimah`, dalam Kisah Melaka 1511. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia. 13. Usman Awang. (2005). Matinya seorang pahlawan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 14. Veeser A.H. (1989). The new historicism. Routledge: London. 15. Wan Ahmad Ismail. (1992). Pahlawan Daerah Rodat. Kuala Terengganu: Terbitan Wahmi, Production House. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |