UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
ISSN :1675-4271
Main Author :Fathin Noor Ain Ramli
Additional Authors :Azhar Wahid
Title :Pendidikan sastera Melayu memperkukuhkan pembinaan karakter pelajar
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2018

Abstract :
Pengajaran Sastera Melayu di sekolah adalah untuk melengkapkan pelajar dengan ilmu sastera selain memupuk rasa bangga terhadap bahasa dan kesusasteraan Melayu dalam pendidikan, seterusnya membina kerjaya ke arah pemantapan cita rasa sastera dalam kalangan masyarakat. Penulisan kertas kerja ini memperlihatkan dapatan tentang keupayaan Pendidikan Sastera Melayu khususnya teks komsas sekolah menengah dalam usaha untuk memperkukuhkan pembinaan karakter pelajar. Penelitian tekstualiti ini berasaskan kepada kajian kualitatif dengan menggunakan Teori Sosiologi Sastera yang menganalisis sesebuah karya sastera sebagai suatu reaksi peristiwa yang terjadi dalam masyarakat. Dapatan penelitian ini membuktikan tanggapan pelajar bahawa pembacaan terhadap bacaan sastera yang mereka pelajari dalam Pendidikan Sastera Melayu terutamanya Komsas dapat mempengaruhi pembinaan karakter yang berteraskan sopan santun dan beretika. Sopan santun pelajar boleh dilihat dari kesantunan berbahasa yang merujuk kepada nilai sopan, melibatkan pertuturan yang elok, halus dan indah serta sikap yang memancarkan budi pekerti mulia. Manakala etika seseorang pelajar boleh difokuskan tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar, terhadap ibu bapa sebagai seoarang remaja dalam sosial masyarakat dan juga etika terhadap guru dan pihak sekolah. Etika dijadikan sebagai landasan dalam kehidupan seorang pelajar yang mengarahkan secara total akan kebaikan dan menjadikan mereka sebagai insan sempurna. Implikasi kajian ini adalah penting untuk mengetahui sejauh mana pengaruh bahan bacaan sastera terhadap pembinaan karakter seseorang pelajar dan memberi gambaran akan kepentingan menghasilkan karya sastera yang bermutu dalam mendidik pelajar dengan mengutamakan nilai-nilai murni dalam masyarakat.

References

1. Auguste Comte. (1978). Sosiologi sastera dalam koleksi teori sastera klasik, tradisional, moden, pasca moden dan tempatan. Selangor. Pustaka Karya. 2. Chew Fong Peng. (2006). Pembentukan Negara Bangsa Melalui Pendidikan Sastera. Jurnal Pendidikan Malaysia. April 2016. 3. Effendi et al. (1998). Bimbingan apresiasi puisi. Jakarta: Pustaka Jaya. 4. Green, M.C., Brock, T.C., & Kautsman, G.F. (2004). Understanding media enjoyment: The role of transportation into persuasive worlds. Communication Theory, 14(4), 311-327. 5. Jumaadi Saunri. (2007). Persepsi pelajar aliran sains terhadap kesesuaian penggunaan komponen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah luar bandar. Serdang: Universiti Putra Malaysia. 6. Jumali Hj Selamat. (2001). Cerminan sosial bahan Ssstera dan nilai murni dalam novel-novel remaja. Serdang: Universiti Putra Malaysia. 7. Lazar, G. (2002). Literature and language: Teaching, answer guide teachers and trainer. Cambridge: Cambridge University Press. 8. Lickona, T. (2013). Eduating for character: Mendidik untuk membentuk karakter. Jakarta: Bumi Aksara. 9. Oemarjati, Beon s. (1992). Sastra mencerdaskan siswa: Memperkaya pengalaman dan pengetahuan. Jakarta: Pustaka Sinar Harapan. 10. Pritchard, I. (1988). Character education: Research prospect and problem. American Journal of Education, 94(4):19-88. 11. Rusyiana, Yus. (1984). Metode pengajaran sastra. Yogjakarta: Kanisius. 12. Shahnon Ahmad. (1991). Sastera sebagai seismograf kehidupan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 13. Sumitro dkk. (2006). Pengantar ilmu pendidikan. Yogyakarta: Penerbit Universitas Negeri Surakarta. 14. Suyanto. (2010). Urgensi pendidikan karakter. Jakarta: Ditjen Mandikdasmen Kemdiknas Republik Indonesia 15. Zaitul Akma Zainon Hamzah, Ahmad Fuad Mat Hassan dan Mohd Nur Hafizudin Md Adama. (2014). Kesantunan bahasa dalam kalangan remaja sekolah menengah. Selangor: Universiti Putra Malaysia. 16. Zubaedi. (2011). Desain pendidikan karakter. Jakarta: Kencana.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.