UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Kajian ini merupakan sebuah kajian kepustakaan yang bertujuan mengenal pasti unsur-unsur akidah dalam kumpulan puisi Taman Takwa (2009) karya Suhaimi Hj. Muhammad. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis unsur-unsur akidah dalam 97 buah sajak berkaitan ketuhanan. Perbincangan data yang dianalisis dibuat berpandukan `prinsip ketuhanan bersifat Kamal` iaitu salah satu daripada tujuh prinsip dalam teori Takmilah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat banyak unsur akidah dalam sajak yang dikaji. Sifat Qudrah adalah sifat ketuhanan yang paling banyak digunakan oleh penyair, selain sifat Iradah dan Wujud. Kajian ini merumuskan bahawa unsur akidah yang ditemui dalam sajak Suhaimi Haji Muhammad adalah teras utama persoalan selaras dengan gaya kepenyairan Suhaimi Haji Muhamamd yang cenderung kepada gaya kesufian. |
References |
1. Al-Quran al-Karim. 2. A.Halim Ali, Norazimah & Ariff. (2017). Gambaran Budaya Masyarakat Brunai dalam kumpulan Puisi Diamdiam karya K.manis. Jurnal Melayu,12(2), 244. 3. Abdul Halim Ali. (2014). Teori takmilah perluasan & penafsiran. Tanjung Malim: Persatuan Penulis Budiman Malaysia. 4. Ahmad Kamal Abdullah. (1988). Unsur-unsur Islam dalam Puisi Melayu Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.20. 5. Amirullah. (2008). Konsep Akidah. 15 April. (Atas Talian). Muat Turun 31/3/2018, dari http://pendidikanagama.blogspot.my 6. Balqis Haji Abu Bakar. (1981). Pertentangan antara Rasulullah dan Musyrikin Mekah serta kesannya terhadap perkembangan sastera di masa itu, sekitar sejarah dan Tamadun Islam, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 88. 7. Haji Wan Ahmad Khall Haji Muhammad. (2013). Usul al-Tahqiq. Kelantan: Ramly Press Sdn. Bhd. 8. Mana Sikana. (1985). Tanggapan sastera. Kuala Lumpur: Karya Bistari, hlm.100. 9. Mana Sikana. (1988). Sastera Islam dalam pembinaan. Bangi: Penerbit Karyawan, hlm.31. 10. Mohd Fauzi. (2002). Peranan akidah dalam perancangan pembangunan ummah: Satu analisis dalam konteks masyarakat kini. Jurnal Usuluddin,16,13. 11. Mohd Shafiee, Azli fairuz, Rahimah & Nik Murshidah. (2015). Penerapan akidah dalam Dasar Pendidikan Malaysia: Analisis terhadap Falsafah Pendidikan Negara dan Islam Hadhari. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 9, 2. 12. Nurmurni. (2014). Konsep Akidah. 10 Disember (Atas Talian). Muat turun 31/3/2018, dari https://www.slideshare.net. 13. Sabiruddin. (2012). Akidah asas kesempurnaan insan. Jurnal al-Hikmah, 4, 106 14. Shafie Abu Bakar. (1983). Susteru Islam: Perkembangannya di Malaysia. Dewan Sastera, hlm.10. 15. Shahnon Ahmad. (1981). Kesusasteraan dan Etika Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.388. 16. Suhaimi Haji Muhammad. (2009). Taman Taqwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |