UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani 7(1): Received: 20 May 2018, Accepted: 22 June 2018 – Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan program latihan pliometrik terhadap perubahan fizikal otot. Seramai 24 orang atlet lelaki berumur 12 tahun di daerah Cameron Highland terlibat sebagai responden kajian. Mereka dibahagikan kepada kumpulan kawalan (n = 12) dan kumpulan rawatan (n = 12). Program latihan pliometrik dijalankan sebanyak dua (2) kali seminggu selama enam (6) minggu. Ukur lilit otot paha dan ukur lilit otot betis diukur semasa ujian pra dan ujian pasca. Data dianalisis dengan menggunakan ujian ANOVA dua hala untuk mengenal pasti perbezaan antara kumpulan, masa ujian dan interaksi antara kumpulan dan masa ujian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa berlaku pembesaran pada diameter ukur lilit paha dan betis pada kedua dua kumpulan dengan kumpulan rawatan menunjukkan peningkatan diameter yang lebih ketara berbanding kumpulan kawalan. Ujian ANOVA dua hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi pembesaran diameter otot paha dan betis antara kumpulan dan masa ujian dijalankan. Kesimpulannya latihan pliometrik menunjukkan terdapat perubahan fizikal ukur lilit otot paha dan otot betis dalam kalangan atlet lompat jauh. Implikasinya, latihan pliometrik yang lebih terancang dengan bebanan yang sesuai untuk kategori umur menengah rendah perlu dilaksanakan sebagai langkah penambahbaikan bagi meningkatkan prestasi yang lebih cemerlang |
References |
1. Blazevich, A. J. (2006). Effects of physical training and detraining, immobilisation, growth and aging on human fascicle geometry. Journal of Sports Medicine, 36(12), 1003-1017. 2. Cabral, S. (2012). A Man's Guide to Muscle and Strength. USA: Human Kinetics. 3. Carr, G. (1999). Fundamental of Track and Fields. USA: Human Kinetics. 4. Chandler, T., J. & Brown, L. E. (2008). Conditional for Strength and Human Performance. USA: Lippincott Williams & Wilkins. 5. Chu, D. A. (1998). Jumping Into Plyometrics. USA: Human Kineticis. 6. Chu, D. A., Faigenbaum, A. D. & Falkel, J. E. (2006). Progressive Plyometric for Kids: Healthy Learning. Monterey. LA. 7. Faigenbaum, A. D. (2006). NSCA’s Performance Training Journal. Journal of Plyometric for Kids, 5(2), 13-16. 8. Haji Ahmad Gapor. (2007). Kejurulatihan dan Sains Sukan. KL: Utusan Publications Distributors Sdn Bhd. 9. Hafizah, H. & Mohd Roslan, S. (2011). Keberkesanan latihan plio dalam kemahiran lonjakkan untuk atlit lompat jauh. Journal of Educational Social Science, 1(6). 1-9. 10. Hershey, S. (2008). Coaching Youth Track and Field. USA: Human Kinetics. 11. Hill, M. (2006). Undertstanding Athletics. USA: Coachwise Ltd. 12. Irwansyah. (2006). Sehat dan Tangkas Berolahraga. Jakarta: Gravitido Media Pratama. 13. Kurt, B., & Brett, B. (1995). Complete Books of Notes. USA: Human Kinetics. 14. Laura, L. H., Margaret, M. M., & Turner, J. R. (2002). Health and Behavior in Childhood and Adolescence. UK: Springer Publishing Company. 15. Mackenzie, B. (1997). Plyometrics. Plyometrics Drills and Their Intensity. Retrieved Mei 04, 2015. https://brianmac.co.uk/plyo.htm. 16. Mackenzie, B. (2000). Plyometrics. Plyometric drills and their intensity: Retrieved February 5, 2015. https:/www.brianmac.co.uk/pymo.htm 17. Mat Noor, M. H. A. & Hafizah, H. (2008). Keberkesanan program latihan pliometrik dalam ketinggian lompatan vertikal pemain badminton. Bachelor's Thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. 18. Myer, G. D., Ford, K. R., Brent, J. L., & Hewett, T. E. (2006). The effects of plyo vs dynamic stabilization and balance training on power, balance and loading force in female athlethes. Journal of Strength and Conditioning Research. 20(2), 245-455. 19. Nayan, N. Z., & Nurhaziyanti. M. K. (2007). Kesan latihan pliometrik ke atas kuasa otot kaki pelajar wanita psikologi sukan semester dua. Tesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg Malim. 20. Nicole, J. C., Kathleen, A. S., Swanikt, C. B., & Stephen, J. S. (2004). Effects of plyo training on muscle activation strategies and performance in female athletes. Journal of Athletic Training. 39(1) 24- 31. 21. Noriza, M., & Muhd Yusof, D., (2003). Kesan latihan pliometrik ke atas peningkatan tahap kuasa eksplosif kaki pemain bola keranjang wanita. Thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. 22. Norhamimi.O & Hafizah H. (1999). Kesan latihan pliometrik peningkatan kekuatan otot kaki pemain bola jaring bawah 18 tahun Sek Men Tmn Seri Gombak, Selangor. Bachelor's Thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. 23. Norton, K., & Olds, T. (2004). Anthropometrica. USA: University of New South Wales Press Ltd. 24. Potteiger, J. A., Lockwood, R. H., Haub, M. D., Dolezal, B. A., Almuzaini, K. S., Schroeder, J. M., & Zebas, C. J. (1999). Muscle power and fiber characteristics following 8 weeks of plyometric training. Journal of National Strength and Conditioning. 13(3), 275-279. 25. Radcliffe, J. R., & Farentinos, R. C. (1999). High Powered Plyometrics. USA: United Graphics Enterprise USA. 26. Swope, B. (2008). Track and Field. USA: Jacob Press Ltd. 27. Tipton, K. D., & Wolfe, R. R. (2001). Exercise, Protein, Metabolism and Muscle Growth. USA: Human Kinetics. 28. Usman, M., & Davidson, J. (2014). Training For Hypertrophy (Muscle Growth). Utah, Mendon JD-Biz Publishing. 29. Vissing, K., Sorenson, H., & Lonbro, S. (2008). Muscle adaptations to plyometrics vs resistance training in untrained young men. Journal of National Strength and Conditioning Association. 22(6), 1799-1810. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |