UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perkaitan antara corak orientasi matlamat dan keagresifan terhadap pemain bola baling bawah 18 tahun, Negeri Sembilan. Rekabentuk kajian adalah kaedah tinjauan menggunakan soal selidik Task and Ego Orientation in Sport Questionaire (TEOSQ) dan The Judgement About Moral Behavior in Youth Sport Questionaire (JAMBYSQ). Responden kajian adalah atlet bola baling bawah 18 tahun yang mewakili 8 buah daerah di Negeri Sembilan (n = 192, 96 lelaki dan 96 perempuan). Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif (peratus, kekerapan, min dan sisihan piawai) dan statistik inferensi (ujian-t) dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan corak orientasi tugasan atlet bola baling perempuan adalah lebih tinggi berbanding atlet lelaki bagi kedua-dua orientasi tugasan dan ego. Hasil dapatan ujian-t menunjukkan atlet bola baling perempuan mempunyai tahap kebimbangan kognitif dan somatik yang lebih tinggi berbanding atlet lelaki. Namun dari aspek tahap keagresifan pula, dapatan kajian menunjukkan atlet perempuan lebih cenderung untuk melakukan tindakan agresif berbanding atlet bola baling lelaki. Kesimpulannya, hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara orientasi matlamat dan keagresifan dalam kalangan atlet bola baling bawah 18. Secara tidak langsung, kajian ini dapat memberi justifikasi kepada atlet dan jurulatih tentang kepentingan orientasi matlamat. Jurulatih juga perlu lebih menumpukan perhatian yang lebih terhadap orientasi tugasan berbanding orientasi ego. |
References |
1. Baumgartner, T.A., & Hensley, L.D., (2006). Conducting and reading research in health and human performance (4rd ed.). New York NY: Mc Graw Hill 2. Duda, J.L. & Nicholls, J.G (1989). The Task and Ego Orientation in Sport Questionaire. Psychometric Properties. Unpublished manuscript. 3. Gill, D.L., (2000). Psychological Dynamics of Sport and exercise (2nd ed.). Champaign, III: Human Kinetics. 4. James, E.Z., & David J.M., (2012). Sport Theraphy (Handbook of Sport Medicine & Science). England : John Wiley & Sons Ltd. 5. Junge, W., Sielaff, H. & Engelbrecth, S. (2009). Torque generation and elastic power transmission in the rotary FOF1-ATPase. Nature, 459, 364-370. 6. Nathan, S. (2016). Badminton instructional in Malaysian schools: a comparative analysis of TGfU and SDT pedagogical models, SpringerPlus,5 (1215), 1-14 7. Shaharudin Abd Aziz (1998). Aggressive Tendencies in Malaysian youth soccer: An examination of individual and contextual factors. Tesis PhD yang tidak diterbitkan. Iowa: The University of Iowa 8. Shojaie, McKenry & Traclet et al (2004). Argument, Aggression and Conflict : New Direction in Theory and Research. Routlegde, United Kingdom. 9. Silva, F. (1992). Assessing the child and adult personality: A decade of research. Personality and Individual Differences, 13, 1163 – 1181. 10. Weinberg, R.S., & Gould, D (2003). Foundation of sport and exercise psychology (3rd ed.). Champaign, III: Human Kinetics. 11. Zali A. Rahman, (2006). Orientasi matlamat pencapaian akademik & sukan dalam kalangan atlet muda. Institut Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |