UPSI Digital Repository (UDRep)

Argumentasi terhadap pergerakan fesyen jalanan tempatan

AVAILABLE Article 1094 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Argumentasi terhadap pergerakan fesyen jalanan tempatan
Type
Article
Main Author
Muhamad Firdaus Ramli
Subject
NX Arts in general
ISSN
2289-4640
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of publication
2018

Abstract

Penulisan ini mengungkap pemerhatian terhadap aktiviti lapangan pergerakan fesyen indie tempatan (Tempatan Fest) yang mengangkat faktor kritikan dan pemahaman. Melalui aktiviti lapangan pergerakan fesyen indie tempatan, bakat pereka bebas yang mengikuti program lapangan dapat diperkembangkan. Aktiviti ini dijalankan di dalam atau luar premis perniagaan dengan melibatkan aspek kreativiti terhadap pergerakan fizikal dan luahan pemikiran pereka bebas. Di luar kebiasaannya, aktiviti lapangan pergerakan fesyen indie tempatan ini dapat mengenal pasti sensitiviti penglibatan pereka bebas dan (pengunjung/masyarakat) secara langsung. Secara khususnya, tujuan utama penyampaian makalah ini adalah untuk berkongsi lembaran konsep dan prinsip asas pergerakan fesyen indie tempatan terhadap keperluan pereka bebas. Penetapan asas dalam interaksi fizikal pereka bebas telah mendorong aktiviti lapangan menjanakan emosi dalam memberikan tumpuan kepada pola pengajaran yang disampaikan. Melalui pengamatan aturan terhadap subjek lapangan, sandaran teori dalam amalan praktis pergerakan fesyen indie tempatan secara khusus dapat dirangkakan. Aktiviti lapangan pergerakan fesyen indie tempatan dapat mengangkat keilmuan yang sedia ada ke dalam faktor penerimaan kognitif pengunjung dan masyarakat. Justeru itu, imbalan dari makalah ini akan berkongsikan gaya cetusan rasa pereka bebas semasa berkarya. Produk dari pereka bebas berfungsi sebagai pelengkap dalam menjanakan aktiviti yang diaturkan. Dalam menjalankan pemerhatian terhadap aktiviti lapangan, penilaian estetika memenuhi objektiviti makalah dengan menonjolkan kewajaran pergerakan fesyen indie tempatan ke tahap lebih optimum.

References

1. Arnheim, R. (1969). Visual Thinking. University of California press, Berkeley. 2. Christensen, M. S. (2004). Introducing excitability. In proceedings of the Nordic CHI 2004 Workshop, October 24, 2004, Tampere, Finland, pp. 10-13. 3. Cupchik, G. C. (1995). Emotion in aesthetics: Reactive and reflective models. Poetics, Vol. 23, pp. 177-188. 4. Gibson, J. J. (1979). The ecological approach to visual perception. Houghton Mifflin, Boston. 5. Merleau-Ponty, M. (1962). Phenomenology of perception. Routledge & Kegan Paul, London. 6. Nagamachi, M. (2002). Kansei engineering as a powerful consumer-oriented technology for product development. Applied Ergonomics, vol. 33, no. 3, pp. 289-294. 7. Salem, B., Nakatsu, R., & Rauterberg, M. (2006). Kansei Experience: Aesthetic, emotions, and inner Balance.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.