UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :N Visual arts (General) For photography, see TR
ISSN :2289-4640
Main Author :Zulaikha Ahmad Suhaimi
Additional Authors :Ridzuan Hussin
Title :Inovasi penggunaan Facebook sebagai satu media pengajaran dan pembelajaran murid sekolah dalam pendidikan seni visual (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2018
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Kajian ini bertujuan mengenal pasti, menganalisis dan mengkaji inovasi penggunaan rangkaian sosial Facebook sebagai satu daripada media dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Penggunaan Facebook adalah berasaskan Teori Connectivism. Gabungan kaedah pembelajaran konvensional dengan Facebook dapat membuat perubahan pada dunia pendidikan dengan menerapkan elemen minat murid seharian iaitu melayari rangkaian sosial seperti Facebook. Pendekatan ini harus diterapkan dalam sistem pendidikan sebagai satu daripada alat bantu mengajar, di mana ianya tidak terbatas hanya di dalam bilik darjah sahaja. Pendekatan mix-method iaitu gabungan kualitatif dan kuantitatif yang digunakan dalam kajian eksperimental iaitu data dikumpul melalui kaedah pemerhatian, temubual, soal selidik dan tugasan khusus. Persampelan kajian ini melibatkan 40 orang murid tingkatan tiga di SMK Dato’ Zulkifli Muhammad, Slim River. Kumpulan A dan kumpulan B diwujudkan bagi menjawab persoalan kajian dengan membuat perbandingan pembelajaran secara konvensional berbanding pembelajaran menggunakan Facebook. Tajuk pengajaran terhadap kedua-dua kumpulan ialah Lukisan Imitasi yang bertemakan daun. Kajian rintis dilaksanakan untuk mengenal pasti dua aspek iaitu ketepatan item soal selidik dan aspek ketepatan masa semasa sesi pembelajaran dijalankan. Dapatan kajian telah membuktikan bahawa penggunaan Facebook dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dapat meningkatkan kefahaman dan menarik minat murid berbanding kaedah konvensional. Hasil kajian juga menunjukkan tindak balas yang positif oleh murid terhadap kaedah baru dalam menyiapkan tugasan khusus bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan penggunaan Facebook bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah lebih berkesan untuk dijadikan satu daripada alat bantu mengajar diperingkat sekolah menengah. Implikasi kajian menunjukkan penggunaan Facebook dapat meningkatkan tarikan kepada murid masa kini dengan menerapkan elemen teknologi terkini seperti rangkaian sosial Facebook ke dalam aktiviti pembelajaran serta mampu meningkatkan kepelbagaian kaedah pengajaran di Malaysia.

References

1. Andrew F. Wood dan Matthew J. Smith. (2005). Online communication, linking technology Identity and culture. London: Lawrence Erlbaum Associates. 2. Abd. Rahim Selamat. (2000). Pengurusan sekolah bestari satu pengenalan. Johor Bahru: Badan Cemerlang. 3. Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah penyelidikan. Malaysia: Mc Graw Hill Education. 4. Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan pedagogi. Johor Darul Takzim: Universiti Teknologi Malaysia. 5. Iskandar Ab Rashid, Zaitun Ismail. (2010). Kembangkan rangkaian sosial menggunakan facebook. Selangor: Vebton Publishing (M) Sdn. Bhd. 6. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Jiwa dan minda bersatu ke arah pembestarian Sekolah. Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan. 7. Mohamed Amin Embi. (2012). Aplikasi perangkaian sosial web 2.0 dalam pendidikan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 8. Nafishah Hassan. (2007). Keberkesanan kajian pembelajaran berbantu komputer (penggunaan internet-virtual field trips) terhadap penguasaan konsep sains. Jurnal Sains Sosial, m/s 18. 9. Othman Mohamed. (2001). Penulisan tesis dalam bidang sains sosial terapan. Serdang: Universiti Putra Malaysia. 10. Zulliana Hazmi. (2012). Rangkaian sosial. Diperoleh November 12, 2012 daripada http://id.scribd.com/doc/116243389/Bab-4-Rangkaian-Sosial


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)