UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament
ISSN :2289-4640
Main Author :Santhi Lechumanan
Additional Authors :Norzuraina Mohd Nor
Title :Seni hiasan 'Kolam': analisis motif dan makna
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2018

Abstract :
Kertas kerja ini membentangkan hasil kajian yang akan dijalankan untuk mengkaji secara khusus tentang seni melukis ‘Kolam’. Seni ‘Kolam’ boleh didefinisikan sebagai kerja seni yang melibatkan kemahiran tangan yang memerlukan daya cipta dan diwarisi melalui pendidikan informal oleh masyarakat India. Fokus kajian ini ialah mengenalpasti makna di sebalik jenis-jenis motif yang digunakan untuk melukis ‘kolam’. Selain itu, fokus kajian ini juga adalah untuk mengkaji makna penggunaan warna dalam seni ‘kolam’ yang dihasilkan oleh masyarakat India di bandar Sitiawan, Perak yang merupakan tempat popular melukis ‘Kolam’. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif kajian kes. Kaedah pengumpulan data melalui pemerhatian, temubual, rakaman visual dan kajian dokumen. Data-data yang akan diperolehi dianalisis secara berterusan semasa di lapangan menggunakan model interaktif Miles dan Huberman (1992). Manakala kajian ini akan menggunakan pendekatan interdisiplin dengan konsep-konsep dalam teori kebudayaan sebagai teori utama, pendidikan dan sosiologi. Hasil kajian ini mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan seni ‘kolam’ dan ciri-ciri tradisional serta dapat mempertahankan warisan budaya dalam konteks sosial. Di samping itu, budaya tidak boleh dinafikan sumbangannya dalam pembentukan kurikulum pelbagai masyarakat dan etnik di Malaysia agar dapat membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa melalui pemahaman terhadap kebudayaan pelbagai kaum.

References

1. Anbalagan (2008). Identiti India di Malaysia. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. 2. Geertz, C. (1992). The interpretation of the cultures. New York: Basic Books. 3. Gift. Siromoney. R., & Robinson, T. (1989). Kambi kolam and cycle grammars. In R. Narasimhan & G.Chennai: World Scientific. 4. Kowalczyk. S. L. (2003 ). Kolam: A living art of South India. North Mankato: Smart Apple Media. 5. Laine, A. (2009). Complementarity between art and anthropology experiences among kolam makers in South India. Suomen Antropologi: Journal of the Finnish Anthropological Society, 34(2), 58-69. 6. Meenakshi, T. (2014). A creative expression of celebrations: Ranggoli, Agra: Deemed University. 7. Miles, M.B., & Huberman, A.M. (1992). Data kualitatif. Tjepjep Rohendi Rohidi. Jakarta: Universitas Indinesia. 8. Mutheswary. V. (1998). Seni India: Aspek warna dalam kolam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 9. Panofsky, Erwin. (1955). Meaning in the visual arts. Chicago: The University of Chicago Press. 10. Sandrakantham. (2011). Dua ratus tahun masyarakat India di Malaysia. Kuala Lumpur: Perniagaan Normahs. Timothy M.Waring. (2012). Sequential encoding of Tamil kolam. Patterns, 27, 83-91.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.