UPSI Digital Repository (UDRep)

Hubungan antara ciri-ciri kerja berpasukan dengan keberkesanan kerja berpasukan dalam kalangan guru- guru tingkatan enam sekolah menengah kebangsaan di negeri Pahang

AVAILABLE Article 1115 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Hubungan antara ciri-ciri kerja berpasukan dengan keberkesanan kerja berpasukan dalam kalangan guru- guru tingkatan enam sekolah menengah kebangsaan di negeri Pahang
Type
Article
Main Author
Zahari Hashim
Subject
LB Theory and practice of education
ISSN
2232-0660
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of publication
2018

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk menerangkan hubungan antara ciri-ciri kerja berpasukan dengan keberkesanan kerja berpasukan dalam kalangan guru-guru Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Pahang. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif melibatkan pengumpulan data yang dilakukan menggunakan soal selidik. Populasi kajian adalah seramai 677 orang. Sampel kajian melibatkan 250 orang guru Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Pahang. Statistik deskriptif digunakan bagi menjawab persoalan kajian manakala statistik inferensi iaitu analisis Korelasi Pearson untuk menguji hipotesis. Dapatan kajian menunjukkan daripada analisis Korelasi Pearson, bagi aspek dibawah tema proses, analisis menunjukkan aspek potensi, perkongsian beban tugas dan komunikasi/kerjasama di dalam pasukan kerja menunjukkan hubungan yang tinggi dengan keberkesanan pasukan kerja. Bagi aspek di bawah tema reka bentuk tugas, aspek pelbagai tugas dan penglibatan menunjukkan hubungan yang tinggi dengan keberkesanan pasukan kerja. Bagi aspek di bawah tema konteks, terdapat dua ciri pasukan kerja iaitu latihan dan komunikasi/kerjasama antara pasukan menunjukkan hubungan yang tinggi dengan keberkesanan pasukan kerja. Manakala bagi aspek di bawah tema saling bergantungan, terdapat dua ciri pasukan kerja iaitu saling bergantungan terhadap matlamat dan saling bergantungan terhadap maklumbalas/ganjaran menunjukkan hubungan yang tinggi dengan keberkesanan pasukan kerja. Implikasi kajian adalah semakin tinggi ciri-ciri kerja berpasukan maka semakin tinggi keberkesanan kerja berpasukan dalam kalangan guru-guru Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Pahang.

References

1. Ab. Aziz Yusof. 2002. Penilaian prestasi: Kepentingan dan permasalahan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd. 2. Ab. Aziz Yusof. 2003. Mengurus pasukan kerja prestasi tinggi. Prentice-Hall:Pearson Malaysia Sdn Bhd. 3. Abdul Razak Ibrahim & Amin Sulaiman. 2000. 8th ed. Gelagat Organisasi. Malaysia: Prentice-Hall, Inc. 4. Campion, M.A., Medsker, G.J. & Higgs, A.C. 1993. Relations between work group characteristic and effectiveness: Implication for designing effective work Groups: Personnel Psychology 46: 823- 850 5. Chua Yan Piaw. 2006. Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill 6. Daft, R.L. 1999. Leadership: Theory & practice. Orlando FL. Harcourt Brace CollegePublishers. 7. Gay, L.R. & Airasian, P. 2009. Educational research: Competence for analysis and application. Edisi Ke 7. Ohio: Merril Prentice Hall. 8. Katzenbach, J.R. & Douglas, D.K. 1993. The wisdom of the teams: Creating The High-Performance Organization; United State of America: Mc Kinsey & Company, Inc. 9. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur. 10. Krejcie, R.Y. & Morgan, D.W. 1970. Determining sample size for research activities.Educational and Psychological Measurement. 30: 607-610. 11. Lussier, R.N. & Achua, C.F. 2001. Leadership: Theory, Application , Skill. South-Western College Publishing. 12. Mohd. Majid Konting. 2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Ed. Ke-5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 13. Mokhtar Zakaria. 1999. Pelaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh Dalam Kepimpinan Sekolah Di Sekolah Menengah Daerah Kota Star, Kedah. Tesis M.Sc. (Pengurusan), Universiti Utara Malaysia. 14. Pounder, D.G. 1999. Teacher’s Team: Exploring job characteristic and work related outcomes of work group enhancement. Educational Administration Quarterly 35 (3): 317-348. 15. Safiah Awang. 2001. Panitia Bahasa Inggeris Sebagai Sebuah Pasukan Kerja Berkesan: Satu Kajian Kes. Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan: Skudai, Universiti Teknologi Malaysia. 16. Senge, P. 1992. The fifth discipline: The art and practice of the learning organization.New York: Currently and Doublenaye. 17. Zulkifli Abd. Aziz. 2000. Persepsi guru-guru terhadap budaya kerja berpasukan di Sekolah Menengah Teknik, Daerah Alor Star, Kedah Darulaman. Tesis M.Sc. (Pengurusan dan Pentadbiran), Universiti Teknologi Malaysia.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.