UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :AS Academies and learned societies (General)
ISSN :2232-0660
Main Author :Kamarudin Musa
Additional Authors :Norizan Saad
Mohd Asri Mohd Noor
Title :Tingkah laku integriti dalam pemantapan pengurusan sektor perkhidmatan awam (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2018
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Tujuan kajian ini dalah untuk memperjelaskan kedudukan tahap amalan tingkah laku integriti dalam kalangan anggota-anggota perkhidmatan awam di Malaysia. Di samping menentukan kedudukan nilai, etika serta moral dalam konteks pelaksanaan proses penyampaian perkhidmatan organisasi awam. Kajian ini melibatkan seramai 645 orang responden, terdiri daripada anggota-anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, melibatkan empat zon utama, iaitu tengah, selatan, utara dan timur. Reka bentuk kajian diasaskan kepada kerangka pemikiran kepimpinan berpusatkan prinsip (Principle Centred Leadership). Analisis kajian dilakukan berasaskan statistik deskriptif skor min dan sisihan piawai. Dapatan kajian secara keseluruhannya amalan tingkah laku integriti merekodkan skor min yang tinggi, iaitu dalam lingkungan 4.20. ini menunjukkan bahawa sektor awam merupakan sektor yang mempunyai kesedaran amalan tingkah laku integriti yang tinggi. Anggota-anggota perkhidmatan awam mempunyai ikatan yang kuat terhadap tingkah laku integriti dalam realiti pelaksanaan tanggungjawab dan tugasan. Kajian ini dibataskan hanya kepada aspek amalan tingkah laku integriti, terhad diempat buah negeri sahaja. Dapatan kajian menunjukkan anggota-anggota perkhidmatan awam mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dalam mempertahankab nilai, etika dan moral, bukan sahaja dalam aspek proses penyampaian perkhidmatan, sebaliknya juga dalam konteks prinsip pegangan individu. Menunjukkan sektor perkhidmatan awam merupakan sektor yang memberikan keutamaan tertinggi terhadap tingkah laku integriti.

References

1. Covey, S. (2007). The 8th Habit: From Effectiveness to Greatness. Simon & Schuster: New York. 2. Covey, S. (2009). Principle Centered Leadership. Simon & Schuster: New York. 3. Haniza Hanim Mustafa Bakri, J. S. (2015). Case Study on Integrity among Royal Malaysian Police (RMP): An Ethical Perspectives. Elsevier, 121-125. 4. Institut Tadbiran Awam Negara. (2003). Tonggak Dua Belas: Penerapan Nilai, Norma dan Etika Perkhidmatan. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara. 5. Institut Tadbiran Awam Negara. (2006). Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara. 6. Kerajaan Malaysia. (2015). Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam. MDC Publishers Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 7. Krejcie RV, Morgan DW (1970) Determining sample size for research activities. Educational and psychological measurement, 30, 608. 8. Megat Ayob Megat Ariffin & Abdul Halim Ahmad. (2016). Kepentingan Budaya Integriti dan Etika Kerja Dalam Organisasi di Malaysia: Suatu Tinjauan Umum. Malaysian Journal of Society and Space, 138-149. 9. Mohamad Hafiz Rosli, Mohamad Azizal Abd Aziz, Farahwahida Mohd & Jamaliah Said. (2015). Integrity Systems in Malaysia Public Sector: An Empirical Finding. Elsevier, 260-265. 10. Nik Hairi Omar, Azmi Awang & Azmi Abdul Manaf. (2012). Integriti dari Perspektif Pengaduan Awam: Kajian Kes di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Journal of Social Sceinces and Humanities, 141-155. 11. Richardson R. C. (2008). The Development and validation of a personality instrument to increase collaboration. Educational Research and Review, 3(4),121-127. 12. Stanley, L. & Wise, S. (2010). The ESRC’s 2010 Framework for Research Ethics: fit for research purpose? Sociological Research Online, 15(4), 12-13. 13. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2017). Data Pesalah Rasuah. Retrieved from Penguatkuasaan: www.sprm.gov.my 14. Universiti Pendidikan Sultan Idris. (2007). Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Pelan Integriti Nasional. Tidak diterbitkan. 15. Williams, P. (2014). Leadership Excellence. Barbour Publishing. Inc. Ohio.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)