UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
ISSN :1823-6812
Main Author :Nurhamizah Hashim
Additional Authors :Nur Yuhanis Mohd Nasir
Hashim Ismail
Eizah Mat Hussain
Nurul Syahidah Tahir
Title :Resepsi pelajar terhadap teks KOMSAS jendela menghadap jalan
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2018

Abstract :
Kertas kerja ini membincangkan sebuah novel remaja berjudul Jendela Menghadap Jalan (Edisi Murid 2014) sebagai bahan kajian bagi menilai kesesuaian sesebuah teks yang dipilih untuk dijadikan teks KOMSAS (Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia). Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin adalah terbitan Kumpulan Utusan Sdn. Bhd. yang pernah memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) tahun 2008. Novel ini kemudiannya telah terpilih menjadi teks KOMSAS bagi tingkatan 4 Zon 1 (Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak). Kajian dijalankan berdasarkan premis bahawa terdapat teks KOMSAS yang mencetuskan kontroversi kerana kandungannya didapati tidak sesuai sebagai bahan bacaan pelajar sekolah. Sebilangan teks KOMSAS yang dipilih dianggap tidak memaparkan unsur moral yang baik. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesesuaian novel Jendela Menghadap Jalan diangkat sebagai teks KOMSAS. Kajian ini melibatkan seramai 151 orang responden yang terdiri daripada pelajar dan guru sekolah menengah. Data dikumpulkan daripada soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa karya Ruhaini Mat Darin ini diterima dengan baik dalam kalangan pelajar dan guru-guru di empat buah sekolah yang dikaji. Malah isi kandungannya juga memenuhi ciri-ciri sebuah novel yang layak diangkat sebagai teks KOMSAS.

References

1. Izzah Abdul Aziz. (2000). Inovasi pengajaran kesusasteraan. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Teks Komponen Kesusasteraan Melayu dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, 12-14 Julai 2000. Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). 2. Marohaini Yusof. (2001). Landasan pengajaran komponen sastera dalam bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa, 1(6), 20-26. 3. Chew Fong Peng. (2009). Pendidikan Sastera Perpaduan Menerusi KOMSAS Tingkatan 4: Pelaksanaan dan Kesannya. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2):15 – 31. 4. Lin Tian Wong & Masnida Md Khambari. (2017). Kaedah Pemilihan Media Pengajaran Komponen Sastera (KOMSAS) oleh Guru Cemerlang Bahasa Melayu. International Journal of Educating and Training (injET)3 (2) November:1-11. 5. Ruhaini Matdarin. (2014). Jendela Menghadap Jalan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. 6. Sohaimi Abdul Aziz. Teori Kritikan Sastera. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. 7. Umar Junus. (1985). Resepsi Sastra: Sebuah Pengantar. Penerbit PT Gramedia: Jakarta. 8. Shamsudin Othman, Ghazali Lateh, & Nurul Faidzah Ab. Hadi (2014). Penggunaan Gaya Bahasa Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 59-64. 9. Shamsudin Othman dan Abdul Rasid Jamian (2013). Pelaksanaan Elemen Sastera Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Jurnal Bahasa, 13 (2). 10. Norhidayu Binti Kassim. (2011). Persepsi Kanak-Kanak Terhadap Watak dan Perwatakan Tokoh Dalam Karya Sastera Kanak-Kanak Berunsur Sejarah. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Putra Malaysia. 11. Norul Haida Bt. Hj. Reduzan, Robe’ah Yusuf dan Hidayah Bt. Hashim. (2016). Aplikasi Model VAK Dalam Gaya Pengajaran Dan Pembelajaran Komsas Bahasa Melayu, E-Proceeding of The Regional Conference On Civilization and Islamic Thoughts (ReCIT) Malays Diaspora: Developments and Challenges. Masjid Ibrahim, Perth, Australia. 12. Sahlan Mohd. Saman. (2001). Teori Resepsi. Bengkel Ikhtisar Teori Sastera Kedua anjuran Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Jabatan Sastera. Kuala Lumpur. 13. Ariff Bin Mohammad. (2009). Analisis Kesesuaian Pemilihan Teks Bagi Genre Cerpen dan Novel Komponen Sastera Dalam Pendidikan Bahasa Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dicapai pada 16 November 2017, daripada http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/433/1/. 14. Asia Padmopuspito. (1993). Teori Resepsi dan Penerapannya. Dicapai pada 5 Oktober 2017, daripada https://www.academia.edu/8916770/teori_resepsi_dan_penerapannya 15. Faziela Abu Bakar, Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi. (2015). Unsur Emosi dalam Novel Komsas. Universiti Putra Malaysia. Dicapai pada 22 Januari 2018, daripada http://www.myjurnal.my/public/article- view.php?id=93004 16. Kementerian Pendidikan Malaysia. Dasar Kurikulum Kebangsaan. Dicapai pada 28 Januari 2018, daripada https://moe.gov.my/index.php/my/dasar/kurikulum-kebangsaan


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.