UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :QA Mathematics
ISSN :1823-6812
Main Author :Farah Aziana Abdul Aziz
Additional Authors :Fadzilah Abd Rahman
Title :Sorotan kajian kesediaan dan keperluan guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di bilik darjah
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2018

Abstract :
Kertas ini membincangkan tentang kesediaan dan keperluan guru dalam pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bahasa Melayu di sekolah. Memandangkan guru merupakan individu yang bertanggungjawab dalam membentuk dan mendidik murid di sekolah mengikut keperluan semasa pendidikan, maka peranan guru sangat dititikberatkan dalam menjayakan pelaksanaan KBAT dalam semua mata pelajaran. Kesediaan guru dalam melaksanakan pengajaran berasaskan KBAT sangat penting bagi membolehkan mereka mendidik murid menguasai KBAT yang mana merupakan salah satu aspek yang perlu dikuasai dalam menuju abad ke-21. Keperluan guru dalam merealisasikan pelaksanaan KBAT secara berkesan perlu diberi perhatian agar hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi berfikir pada aras tinggi dapat dicapai. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen berdasarkan sorotan-sorotan kajian lepas yang berkaitan dengan kesediaan dan keperluan guru bahasa Melayu dalam melaksanakan pengajaran berunsur KBAT. Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan guru masih belum bersedia melaksanakan KBAT dalam pengajarannya disebabkan oleh kurang pendedahan tentang cara pelaksanaan KBAT dalam PdPc, tidak tahu kaedah untuk menerapkan KBAT dalam PdPc dan juga dibebani dengan pelbagai tugas lain yang menghalang untuk melaksanakan PdPc berasaskan KBAT dilaksanakan dengan baik. Dapatan kajian ini juga turut memperincikan beberapa keperluan yang diperlukan oleh guru dalam melaksanakan pengajaran berasaskan KBAT.

References

1. Abdul Halim Abdullah, Johari Surif, Norhasniza Ibrahim. (2014). PISA 2012: Di mana kedudukan Malaysia untuk subjek Matematik? Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan, (April). 2. Abdul Rasid Jamiam, Shamsudin Othman, Azhar Mohd Sabil, dan Juanes Masamin. (2016). Kesediaan guru dalam pelaksanaan kemahiran berfikir terhadap pengajaran penulisan karangan murid bukan Melayu. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 7(1), 1–8. 3. Anderson, L.W., dan Krathwohl, D.R. (2001). A taxonomy for learning, teaching, and assessing: A Revision of Bloom’s Taxonomy of Education Objectives. Theory Into Practice (Vol. Compete e,p. xxix, 352p.) doi:10.1207/s15430421tip4104_2. Diakses pada 12 Mac 2018. 4. Afinde Othman. (2016). Pengetahuan, Kemahiran dan Amalan Guru Membina Item KBAT dalam Instrumen Pentaksiran Pembelajaran. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat: Tesis Sarjana. 5. Avargil, S., Herscovitz, O., dan Dori, Y. J. (2012). Teaching thinking skills in context-based learning: teachers’ challenges and assessment knowledge. Journal of Science Education and Technology, 21(2), 207–225. https://doi.org/10.1007/s10956-011-9302-7. Diakses pada 5 Julai 2018. 6. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2014). Kemahiran berfikir aras tinggi: Aplikasi di sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia. https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004. Diakses pada 6 Mac 2018. 7. Bakry, Md. Nor Bakar, & Firdaus. (2013). Kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan guru Matematik sekolah menengah pertama di Kota Makassar. 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE) 2013, (Isqae), 172–175. 8. Halimah Md Shariff. (2009). Peranan Minda dalam Kemahiran Berfikir. (Tajularipin Sulaiman & Aminuddin Hassan, Eds.). Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 9. Hasnah Isnon dan Jamaludin Badusah. (2017). Kompetensi guru Bahasa Melayu dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran (Malay language teacher competency to implementation higher order thinking skill in teaching and learning). Malay Language Education Journal – MyLEJ, 7(1), 2180–4842. Retrieved from http://journalarticle.ukm.my/10413/1/133-256-1-SM.pdf. Diakses pada 16 Mac 2018. 10. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Elemen KBAT dalam Pedagogi. Bahagian Pembangunan Kurikulum. https://doi.org/10.1007/s13398-014-0173-7.2. Diakses pada 4 April 2018. 11. Logeswar Arumugam, Ainun Omar, Raja Nor Safinas Raja Harun, dan Nurfilzah Zainal. (2016). Issues related to the teaching and learning of higher order thinking skills among TESL student teachers. Proceedings of the 1st English Education International Conference (EEIC), 451–456. 12. Mohamad Nurul Azmi dan Nurzatulshima Kamarudin. (2017). Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT): Kesediaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi (RBT) di sekolah rendah. International Research Journal of Education and Sciences (IRJES), 1(1), 1–5. 13. Nooriza Kassim, Effandi Zakaria. (2015). Integrasi kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik: Analisis keperluan guru (Integration of higher order thinking skills in the teaching and learning of mathematics: Teachers’ needs analysis). Jurnal Pendidikan Matematik, 3(1), 1–12. Retrieved from http://www.jupema.org/index.php/jpm/article/view/001312015%5Cnhttp:// www.jupema.org/index.php/jpm/article/download/001312015/17. Diakses pada 2 Mac 2018. 14. Nor Hasmaliza Hasan, Zamri Mahamod. (2016). Persepsi guru bahasa Melayu sekolah menengah terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (The perception of Malay language teachers at secondary school towards higher order thinking skills). Malay Language Education Journal – MyLEJ, 6(2), 2180–4842. 15. Norakma Mohd Daud, Abdul Razak Ahmad, Noria Munirah Yakub. (2015). Pembelajaran berteraskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. 7th International Seminar on Regional Education, 1, 352–360. 16. Nur Athirah Ariffin dan Faridah Yunus. (2017). Kesediaan guru prasekolah melaksanakan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran. Simposium Pendidikan di Peribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017), 147–152. Retrieved from http://conference.ukm.my/sprin/index.php/sprin/sprin/paper/viewFile/56/21. Diakses pada 9 Mei 2018. 17. Raja Noraina Raja Rahim. (2018). KBAT di Landasan Tepat. https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2018/03/400667/kbat-di-landasan-tepat. Diakses pada Mei 2018. 18. Rajendran Nagappan. (2002). Bahasa Melayu: Penyumbang ke arah penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi. Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Kedua, 1–13. 19. Rohaida Mazlan dan Zamri Mahamod. (2016). Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan guru Bahasa Melayu melaksanakan kajian pengajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41(2), 173–182. 20. Suzana Abd Mutalib, dan Mohammad Zeeree Kanreng. (2017). Pelaksanaan KBAT dalam pentaksiran formatif bagi slot tunjang komunikasi Bahasa Melayu: Kajian kes. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 6. Retrieved from http://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK. Diakses pada 18 Mei 2018. 21. W.A Wan Ismail, Muhammad Hamzah, dan M.A Lubis. (2016). Kesediaan guru pendidikan Islam sekolah rendah di Selangor terhadap penerapan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran (Readiness of Islamic education teacher in Selangor’s primary school in the implementation of KBAT in teaching and learning). Akademia. Journal of Advanced Research in Applied Sciences and Engineering Technology, 3(1), 79–92. 22. Wan Nor Shairah Sharuji dan Norazah Mohd Nordin. (2017). Kesediaan guru dalam pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Simposium Pendidikan, 1(2017), 140–146.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.