UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Perbincangan artikel ini bertujuan mengupas persoalan dan pemikiran dalam teks drama Mayat, Patung-Patung dan Kerusi karya oleh Hatta Azad Khan (2009). Perbincangan memberi fokus terhadap pemikiran pengarang dari sudut pandangan masyarakat. Kajian ini menggunakan Teori Persuratan Baharu sebagai teori teras analisis dapatan kajian. Kajian ini menggunakan analisis kandungan sebagai kaedah mengumpul dan mengkategorikan data. Data tersebut kemudiannya dianalisis dengan menggunakan teks dramatik Melayu yang dihasilkan melalui pelbagai gaya persoalan, pemikiran dan pendekatan dalam menyusun dan mengolah aspek dramatik daripada teks drama Mayat, Patung-Patung dan Kerusi. Perbincangan kajian difokuskan kepada persoalan yang banyak dikemukakan oleh pengarang dalam ketiga-tiga drama iaitu Mayat, Patung-Patung dan Kerusi. Hasil kajian mendapati, pelbagai persoalan yang boleh diketengahkan melalui ketiga-tiga drama ini. Selain itu, pemikiran yang dikemukakan oleh pengarang iaitu Hatta Azad Khan dalam ketiga-tiga drama tersebut banyak memberi pengajaran kepada masyarakat dan ini bersesuaian dengan teori yang digunakan iaitu Teori Persuratan Baharu. |
References |
1. Abdul Rahman Napiah. (1987). Perkembangan dan Perubahan dalam Drama Moden Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Abdul Halim Ali. (2006). Ikhtisar Teori & Kritikan Sastera Barat dan Malaysia. Tanjung Malim: Penerbitan Profesional Baharu. 3. Drs. Hasanuddin WS., M. Hum. (1996). Drama Karya Dalam Dua Dimensi: Kajian Teori, Sejarah dan Analisis. Bandung: Penerbit Angkasa. 4. Hatta Azad Khan. (1987). “Mayat” dlm. 1400 Antologi Drama Kontemporari. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 179-201. 5. Hatta Azad Khan. (2008). Penerima S.E.A. Write Awards 2008. Tiga Teater Muzikal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Hamzah Hamdani. (1988). Konsep dan Pendekatan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 7. Herman J. Waluyo. (2002). Drama: Teori dan Pengajarannya. Yogjakarta. PT. Hanindita Graha Widya Pratama. 8. Ismail Hamid. (1991). Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 9. Mana Sikana. (1985). Esei dan Kritikan Drama. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 10. Mana Sikana. (1995). Drama Melayu Moden. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 11. Mana Sikana (1984). Kajian Lengkap Drama Tiga Zaman. Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd. 12. Mana Sikana. (2006). Drama Melayu Tradisional, Moden dan Pascamoden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 13. Mana Sikana. (1998). Teori dan Pendekatan Sastera Moden. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 14. Mana Sikana. (1989). Di Sekitar Pemikiran Drama Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 15. Othman Puteh. (1994). Teks Cerminan Nilai Budaya Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 16. Rahman Shaari. (1988). Kritikan Sastera Melayu Pendekatan dan Pemikiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 17. Rahmah Bujang (Peny.). (1982). Drama Melayu 25 Tahun Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 18. Rahmah Bujang. (1994). Drama Melayu: Dari Skrip ke Pentas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 19. Sahlan Mohd Saman, Shaiful Bahri Md Radzi (penyntg). (2005). Persuratan Melayu Tradisional ke Moden. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 20. Wellek, R dan Warren, A. (1988). Teori Kesusasteraan. Diterjemahkan oleh Wong Seng Tong. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pustaka. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |