UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Tujuan artikel ini bertujuan meneliti kepentingan dan peranan huiguan dalam komuniti Cina semasa pentadbiran British. Artikel ini berfokus kepada huiguan yang ditubuhkan sebelum tahun 1957 dan peranan huiguan tersebut terhadap orang Cina Bentong. Kaedah kualitatif telah digunakan dalam kajian ini. Analisis kajian ini dilakukan berdasarkan kepada sumber primer dan sekunder daripada laporan tahunan dan manuskrip persatuan, buku, jurnal, serta majalah terbitan huiguan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa Persatuan Dewan Perniagaan Cina Bentong, Persatuan Kwangsi Bentong dan Persatuan Dewan Perhimpunan Cina ialah huiguan yang paling awal ditubuhkan dan berpengaruh dalam komuniti Cina Bentong. Penubuhan Huiguan tersebut memainkan peranan penting dalam menyediakan kebajikan dan bantuan kepada anggota seperti menyediakan tempat penginapan sementara memberi peluang pekerjaan, menguruskan hal perkahwinan dan pengebumian ahli, mengadakan aktiviti tradisi, adat resam dan kepercayaan orang antara Cina, menyediakan kemudahan kesihatan dan aktiviti rekreasi serta menyelesaikan pertikaian yang berlaku puak dan ahli. Kepentingan huiguan dalam masyarakat Cina di Bentong berjaya mewujudkan kehidupan masyarakat yang harmoni |
References |
1. Cant, R. G. (1973). A Historical Geography of Pahang. Monograph of the Malaysian Branch Royal Asiatic Society (MBRAS). Singapore: Times Printers Sdn. Bhd. 2. Chan, C. P. (1987). Malai Xiya Wendong de Guangxi Ji Huaqiao Huaren [Orang Cina Kwangsi di Bentong Malaysia]. Bagui Qiaokan, hlm 35-38. 3. Faezah Kassim. (2017). Perkembangan Persatuan Tiga Kaum Utama Di Tanah Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Vol 4. Bil 1, hlm 188-209. 4. Him, M. L. (1987). Historical Development of the Chinese Consolidated Benevolent Association/Huiguan System. Chinese America: History and Perspectives. 5. Ho, P. T. (1966). Zhongguo Huiguan Shi Lun [Kajian Sejarah Tentang Huiguan di China]. Taipei: Taiwan Xuesheng Shuju. 6. Huiguan Zhineng [Fungsi Huiguan]. (1949). Manuskrip Persatuan Dewan Perhimpunan Cina. 7. Huiguan Zhineng Yu Huodong [Fungsi dan Aktiviti Huiguan]. (1960). Wendong Guangxi Huiguan Diyiqi Jinian Tikan [Majalah Terbitan Khas Persatuan Kwangsi Bentong Edisi Pertama], hlm. 18-24. 8. Laporan tahunan Pengurusan Perkuburan Leung Kwong Yee San. (1929). 9. Laporan tahunan Persatuan Kwangsi Bentong. (1950). 10. Liu, C.H. (1992). Pengheng Huazhushi Ziliao Kuangpian [Maklumat Sejarah Kaum Cina Pahang]. Kuantan: Gabungan Persatuan-persatuan China Pahang. 11. Loke, Z. P. (1999). Wendong Huaren Shetuan [Persatuan Cina Bentong]. Huaren Dahuitang Tekan [Majalah Dewan Perhimpunan Cina Bentong], hlm 57-62. . (1999). Wendong Guangfumiao [Kuil Kwangfu Bentong]. Huaren Dahuitang Tekan [Majalah Dewan Perhimpunan Cina Bentong], hlm 63-64. 12. Mo, D. Y. (1960). Sinke Shiqi de Huiyi. [Kenangan Sinkeh]. Wendong Guangxi Huiguan Diyiqi Jinian Tekan [Majalah Terbitan Khas Persatuan Kwangsi Bentong Edisi Pertama], hlm. 14-17. 13. Wendong Guangxi Huiguan de Youlai [Asal Usul Persatuan Kwangsi Bentong]. (1960). Wendong Guangxi Huiguan Diyiqi Jinian Tikan [Majalah Terbitan Khas Persatuan Kwangsi Bentong Edisi Pertama], hlm 11-13. 14. Wendong Guangxi Huiguan Fuliyuan [Pusat Penyembuhan Persatuan Kwangsi Bentong]. (1960). Wendong Guangxi Huiguan Diyiqi Jinian Tikan [Majalah Terbitan Khas Persatuan Kwangsi Bentong Edisi Pertama], hlm 80-82. 15. Wendong Huaren Kaibushi [Sejarah Orang Cina Dalam Penerokaan Bentong]. (2014). Wendong Huaren Dahuitang 100 Zhounian Jinian Tekan [Majalah Ulang Tahun Ke-100 Dewan Perhimpunan Cina Bentong], hlm. 62-99. 16. Wendong Huiguan Shilue [Sejarah Huiguan-huiguan Bentong]. (2014). Wendong Huaren Dahuitang 100 Zhounian Jinian Tekan [Majalah Ulang Tahun Ke-100 Dewan Perhimpunan Cina Bentong], hlm. 150- 223. 17. Yen, C. H. (1991). Xinma huaren shehui shi [Sejarah Masyarakat Cina Singapore dan Malaysia]. Beijing: Zhongguo Huaqiao Chuban Gongsi. 18. Zhao, H. M. (1994). Guangxiji Haiwai Shetuan Yanjiu [Kajian Tentang Persatuan Kwangsi Seberang Laut]. Bagui Qiaokan, hlm, 6-10. 19. Zhou Desheng. (2000). Wendong Lishi Diandi [Sejarah Bentong]. Artikel belum diterbitkan. Pusat Sumber Dewan Perhimpunan Cina Bentong. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |