UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :JQ Political institutions Asia
ISSN :1985-496X
Main Author :Abu Hanifah Haris
Title :Ulama dan perjuangan politik: peranan Masyumi terhadap penubuhan Hizbul Muslimin di Tanah Melayu, 1947-1948
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2018

Abstract :
Majelis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi) merupakan sebuah parti politik Islam di Indonesia yang diasaskan pada tahun 1943 ketika pendudukan Jepun, sebelum disahkan kewujudannya oleh kerajaan selepas kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945. Masyumi juga sangat berpengaruh di Tanah Melayu, malah beberapa pemimpin Masyumi juga dikaitkan dengan penubuhan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol, Perak. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis peranan Masyumi dalam penubuhan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol, Perak pada tahun 1948. Kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dengan menganalisis pelbagai sumber primer dan sumber sekunder. Kajian menunjukkan bahawa kedatangan beberapa pemimpin Masyumi ke Tanah Melayu bukan sahaja bertujuan untuk menubuhkan parti politik Islam pertama di Tanah Melayu iaitu Hizbul Muslimin, tetapi dalam masa yang sama mahu menubuhkan cawangan Masyumi di Tanah Melayu. Kyai Haji Mashoor Azhari, seorang lulusan Universiti al-Azhar di Kaherah yang berasal dari Sumatera, Indonesia merupakan antara pemimpin kanan Masyumi yang terlibat secara langsung dalam penubuhan sebuah parti politik Islam di Tanah Melayu iaitu Hizbul Muslimin. Walaupun beliau tidak dapat menghadiri Kongres Majlis Agama Tertinggi (MATA) di Gunung Semanggol pada bulan Mac 1948 yang menyaksikan penubuhan Hizbul Muslimin kerana telah diarah pulang oleh kerajaan Singapura, namun beliau sempat mengadakan perjumpaan dengan beberapa pemimpin Tanah Melayu bagi membincangkan agenda penubuhan Hizbul Muslimin. Tengku Osman pula dianggap sebagai penggerak kepada kegiatan Hizbul Muslimin, selain menguruskan pentadbiran Masyumi di Tanah Melayu. Bung Shariff Mujuo pula merupakan tulang belakang kepada penubuhan Syabāb Hizb al-Muslimīn (Bahagian Belia Hizbul Muslimin) di Gunung Semanggol, Perak.

References

1. A.Jainuri. (1981). Muhammadiyah: Gerakan reformasi Islam di Jawa pada awal abad kedua puluh. Surabaya: Bina Ilmu. 2. Abdul Munir Mulkhan. (2010). Marhaenis Muhammadiyah. Yogyakarta: Penerbit Galangpress. 3. Abuza, Zachary. (2007). Political Islam and violence in Indonesia. Oxon, United Kingdom: Routledge. 4. Alfian. (1989). Muhammadiyah: The political behavior of a Muslim modernist orgnization under Dutch colonialism. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press. 5. Anderson, Benedict R. O'G. (1972). Java in a time of revolution: Occupation and resistance, 1944-1946. New York: Cornell University Press. 6. Ariffin S. M. Omar. (1978). The Masyumi and its struggle for the Islamic State. (Tesis M.A.), University of Singapore, Singapore. 7. CO 537/3751, Political Intelligence Journal, No. 2/1948, 31 January 1948. 8. CO 537/3751, Political Intelligence Journal, No. 3/1948, 15 February 1948. 9. CO 537/3751, Political Intelligence Journal, No. 4/1948, 29 February 1948. 10. CO 537/3751, Political Intelligence Journal, No. 5/1948, 15 March 1948. 11. CO 537/3751, Political Intelligence Journal, No. 6/1948, 31 March 1948. 12. CO 537/3751, Political Intelligence Journal, No. 8/1948, 30 April 1948. 13. CO 537/3752, Political Intelligence Journal, No. 13/1948, 15 July 1948. 14. CO 537/3753, Political Intelligence Journal, No. 14/1948, 31 July 1948. 15. CO 537/3753, Political Intelligence Journal, No. 15/1948, 15 August 1948. 16. CO 537/3754, Pan-Malayan Review of Political and Security Intelligence, No. 1/1948, 1 September 1948. 17. Deliar Noer. (1960). Masjumi: Its organization, ideology and political role in Indonesia. (Tesis M.A.), Cornell University, Amerika Syarikat. 18. Fealy, Greg. (2005). Islamisation and politics in Southeast Asia: The constrasting cases of Malaysia and Indonesia. Dalam Nelly Lahoud & Anthony H. Johns (Ed.). Islam in World Politics. New York: Routledge. 19. Fealy, Greg & Platzdasch, Bernhard. (2005). The Masyumi legacy: Between Islamist idealism and political exigency. Studia Islamika, 12 (1), 73-101. 20. Feith, Herbert. (1964). The decline of constitutional democracy in Indonesia. New York: Cornell University Press. 21. Germain, Eric. (2008). The first Muslim mission on a European scale: Ahmadi-Lahore Networks in the Inter-War 22. Period. Dalam Nathalie Clayer & Eric Germain (Ed.), Islam in Inter-War Europe. New York: Columbia University Press. 23. Harun Nasution. (1965). The Islamic state in Indonesia: The rise of the ideology, the movement for its creation and the theory of the Masjumi. (Tesis M.A.), McGill University, Kanada. 24. Hiroko, Horikoshi. (1975). The Dar ul-Islam movement in West Java: An Experience in the historical process. Indonesia, 20, 58-86. 25. Jung, Eunsook. (2009). Taking care of the faithful: Islamic organizations and partisan Engagement in Indonesia. (Disertasi Ph.D.), University of Wisconsin-Madison, Amerika Syarikat. 26. Kratoska, Paul. (1999). Nationalism and modernist reform. Dalam Nicholas Tarling (Ed.), The Cambridge History of Southeast Asia. (Vol. 2, Pt. 1). Cambridge: Cambridge University Press. 27. Madinier, Remy & Feillard, Andree. (1999). At the source of Indonesian political Islam’s failure: The split between the Nahdlatul Ulama and the Masyumi in retrospect. Studia Islamika, 6 (2), 1-38 28. Muhammad Asyari. (1977). The rise of the Masyumi party in Indonesia and the role of the Ulama in its early development (1945-1952). (Tesis M.A.), McGill University, Kanada. 29. Nurfadzilah Yahaya. (2009). Tea and company: Interactions between the Arab Elite and the British in Cosmopolitan Singapore. Dalam Ahmed Ibrahim Abushouk & Hassan Ahmed Ibrahim (Ed.), The Hadhrami Diaspora in Southeast Asia: Identity Maintenance or Assimilation?. Leiden: Brill. 30. Palmier, Leslie H. (1954). Modern Islam in Indonesia: The Muhammadiyah after independence. Pacific Affairs, 27 (3), 255-263. 31. Ramlah Adam. (2005). Dato’ Onn Jaafar: Pengasas Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 32. Ricklefs, M. C. (2001). A history of modern Indonesian since c. 1200. California: Stanford University Press. 33. Syamsul Anwar. (2005). Fatwa, purification and dynamization: A study of Tarjih in Muhammadiyah. Islamic Law and Society, 12 (1), 27-44. 34. Thohir Luth. (1999). M. Natsir: Dakwah dan pemikirannya. Jakarta: Gema Insani Press. 35. Utusan Melayu, 30 Januari 1948. 36. Utusan Melayu, 9 Februari 1948. 37. Zuly Qodir. (2010). Muhammadiyah studies: Reorientasi gerakan dan pemikiran memasuki abad kedua. Yogyakarta: Kanisius.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.