UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan kepimpinan transformasional pengetua wanita dengan motivasi kerja guru. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan soalselidik sebagai instrumen. Seramai 285 orang guru di sekolah menengah kebangsaan daerah Jempol dan Jelebu, Negeri Sembilan dipilih sebagai sampel menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Dapatan kajian menunjukkan Dimensi Kepimpinan Transformasional Pengetua Wanita berada pada tahap tinggi dengan skor min = 4.338. Dapatan kajian juga menunjukkan bagi motivasi kerja guru dengan skor min = 4.336. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan transformasional pengetua wanita dan motivasi kerja guru (r = 0.215,p ˃ 0.05). Kesimpulannya kajian ini menunjukkan pengaruh kepimpinan transformasional pengetua wanita terhadap motivasi kerja guru adalah pada tahap tinggi. Implikasi kajian menunjukkan pendekatan kepimpinan yang bersesuaian dapat meningkatkan motivasi kerja guru. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |