Pengaruh kepimpinan transformasional pengetua wanita terhadap motivasi kerja guru di sekolah-sekolah menengah kebangsaan daerah Jempol dan Jelebu
Type
Thesis
Main Author
Borhan Dolah
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2018
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan kepimpinan transformasional pengetua wanita dengan motivasi kerja guru. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan soalselidik sebagai instrumen. Seramai 285 orang guru di sekolah menengah kebangsaan daerah Jempol dan Jelebu, Negeri Sembilan dipilih sebagai sampel menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Dapatan kajian menunjukkan Dimensi Kepimpinan Transformasional Pengetua Wanita berada pada tahap tinggi dengan skor min = 4.338. Dapatan kajian juga menunjukkan bagi motivasi kerja guru dengan skor min = 4.336. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan transformasional pengetua wanita dan motivasi kerja guru (r = 0.215,p ˃ 0.05). Kesimpulannya kajian ini menunjukkan pengaruh kepimpinan transformasional pengetua wanita terhadap motivasi kerja guru adalah pada tahap tinggi. Implikasi kajian menunjukkan pendekatan kepimpinan yang bersesuaian dapat meningkatkan motivasi kerja guru.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.