UPSI Digital Repository (UDRep)

Analisis metafora dalam Sampi Iban

AVAILABLE Thesis 3034 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Analisis metafora dalam Sampi Iban
Type
Thesis
Main Author
Saripah Banseng
Subject
PN Literature (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis unsur yang membentuk bahasa kiasan metafora dalam struktur sampi. Berasaskan pendekatan secara kualitatif, kaedah deskriptif digunakan untuk mengkaji dua buah mantera perhumaan (sampi umai) yang diambil dari buku Sampi Enggau Biau. Analisis kandungan digunakan untuk menerangkan pembinaan struktur dan bahasa kiasan metafora dalam sampi. Dapatan kajian menunjukkan lapisan bahasa yang terkandung dalam pendahuluan sampi ialah seruan permulaan, bertabik dan pengenalan diri. Lapisan bahasa yang terdapat dalam bahagian isi pula ialah tujuan, seruan, persembahan sajian (piring), suruhan dan dialog dengan Petara (Dewa-dewi). Pada bahagian penutup sampi terkandung lapisan bahasa doa restu manakala struktur sampi menggunakan ayat seruan, ayat penyata, ayat tanya dan ayat perintah. Unsur yang terdapat dalam bahasa kiasan metafora terdiri daripada unsur alam dan bukan alam. Unsur alam terdiri daripada unsur tumbuhan, haiwan dan manusia, manakala unsur bukan alam pula terdiri daripada bahan ciptaan manusia. Unsur-unsur ini digunakan untuk menyatakan warisan tradisi, merendahkan diri, persembahan sajian (piring), kehebatan perwira, kecantikan wanita dan hasil padi. Implikasi kajian ini mendapati lapisan bahasa berupaya menjadi landasan kepada pengamal melafazkan sampi tanpa bantuan pakar. Pengamal juga mampu mengenal pasti jenis ayat yang digunakan dalam mengucapkan kata-kata sampi berdasarkan lapisan bahasa tersebut. Penggunaan unsur alam dan bukan alam dalam bahasa kiasan metafora menambahkan pengetahuan pengamal tentang kemahiran berbahasa.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.