UPSI Digital Repository (UDRep)

Peramalan siri masa ozon mengikut monsun di kawasan pendidikan tinggi Malaysia melalui pendekatan kalut

AVAILABLE Thesis 894 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Peramalan siri masa ozon mengikut monsun di kawasan pendidikan tinggi Malaysia melalui pendekatan kalut
Type
Thesis
Main Author
Wan Nur Afateen Wan Mohd Za'im
Subject
QH Natural history
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2018
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meramal siri masa ozon mengikut monsun di kawasan pendidikan tinggi Malaysia melalui pendekatan kalut. Terdapat tiga objektif utama kajian iaitu mengesan kehadiran dinamik kalut dalam siri masa ozon, meramal siri masa ozon menggunakan pendekatan kalut dan membina kaedah baharu iaitu kaedah k- songsang bagi mencari bilangan jiran terdekat k . Bagi mengesan kehadiran dinamik kalut, kaedah Cao, kaedah m -songsang dan plot ruang fasa adalah digunakan. Bagi meramal siri masa ozon melalui pendekatan kalut, terdapat dua langkah yang terlibat iaitu pembinaan semula ruang fasa dan proses peramalan. Untuk pembinaan semula ruang fasa, tiga parameter diperlukan iaitu masa tunda r, matra pembenaman m dan bilangan jiran terdekat k . Parameter r ditentukan melalui kaedah purata maklumat bersama, penetapan r=1 dan kaedah r-songsang. Parameter m pula dikira melalui kaedah Cao dan kaedah m - songsang. Kajian ini memperkenalkan kaedah baharu iaitu kaedah k -songsang. Pendekatan kalut diaplikasikan ke atas siri masa ozon di tiga kawasan pendidikan tinggi Malaysia iaitu UPSI Tanjung Malim, UiTM Shah Alam dan USM Gelugor. Bagi setiap kawasan, siri masa dibahagikan mengikut monsun iaitu monsun Timur Laut dan monsun Barat Daya. Melalui kaedah Cao, kaedah m -songsang dan plot ruang fasa, keputusan menunjukkan kehadiran dinamik kalut dalam siri masa ozon di ketiga-tiga kawasan dan kedua-dua monsun. Keputusan peramalan pula menunjukkan nilai pekali korelasi bagi kesemua model peramalan adalah menghampiri satu. Ini menunjukkan bahawa peramalan siri masa ozon melalui pendekatan kalut adalah cemerlang. Melalui kaedah k -songsang, nilai k optimum yang dicadangkan untuk kajian pada masa hadapan adalah antara 10 dan 100. Kesimpulannya, pendekatan kalut telah berjaya meramal siri masa ozon. Implikasinya, pendekatan kalut boleh diperluaskan bagi meramal siri masa pencemar udara yang lain seperti jerebu dan karbon monoksida. Diharapkan kajian ini dapat membantu pihak-pihak berkepentingan seperti Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia serta Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dalam menguruskan pencemar ozon dengan lebih efektif.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.