UPSI Digital Repository (UDRep)

Estetika Pagar Musang tradisional pantai timur era kontemporari

AVAILABLE Thesis 1623 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Estetika Pagar Musang tradisional pantai timur era kontemporari
Type
Thesis
Main Author
Mohd Fauzi Md Rejab
Subject
NA Architecture
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2018
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian empirikal ini bertujuan untuk mengkaji nilai estetika yang terdapat pada Pagar Musang gaya pantai timur bentuk tradisional dan kontemporari berdasarkan aspek reka bentuk, ragam hias serta fungsinya. Kajian ini dibuat dengan bersandarkan kepada teori budaya David Kaplan dan prinsip estetika Zakaria Ali. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah reka bentuk kajian kes. Data dikumpul melalui cara temu bual, pemerhatian, rakaman visual, analisa produk, kajian dokumen dan kepustakaan. Kajian ini dilakukan di daerah Besut Terengganu, Kota Bharu Kelantan dan Temerloh Pahang. Dapatan dari kajian menunjukkan faktor penggunaan teknologi moden, penggunaan bahan yang bukan berasaskan kayu serta pemakaian motif yang lebih moden dan kontemporari telah memberi wajah yang baru pada Pagar Musang pantai timur dalam era kontemporari. Berdasarkan pada enam prinsip estetika Zakaria Ali dan tiga subsistem dari teori budaya David Kaplan menunjukkan nilai estetika Melayu tradisional masih lagi terdapat pada Pagar Musang pantai timur era kontemporari iaitu dari aspek reka bentuk, ragam hias serta fungsinya. Kesimpulannya proses kemodenan tidak banyak menjejaskan identiti nilai estetika tradisional Melayu yang terdapat pada Pagar Musang pantai timur era kontemporari. Diharapkan keindahan nilai estetika tradisional Melayu ini akan dipertahankan sebagai salah satu warisan kesenian masyarakat Melayu yang berharga untuk generasi akan datang.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.