UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Norliza@Noriza Ahbar@Akhbar
Title :Hubungan antara pemahaman guru dengan sikap murid di SK Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam: satu kajian kes (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2017
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara pemahaman guru terhadap program Super VAKS dengan sikap murid. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan bertujuan melibatkan 32 orang guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Dorani bagi daerah Sabak Bemam. Pendekatan kuantitatif berbentuk kajian tinjauan digunakan bagi kajian ini. lnstrumen soal selidik yang mengandungi item demografi, kefahaman guru dan sikap murid digunakan. Dalam kajian ini data dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang menjelaskan tahap kefahaman guru dan korelasi Pearson untuk menentukan hubungan di antara pemboleh ubah. Hasil kajian mendapati purata min bagi kefahaman guru berada pada tahap tinggi dan ini menunjukkan bahawa majoriti guru faham tentang pelaksanaan program Super YAKS. Hubungan antara pemahaman guru terhadap program Super VAKS dengan sikap murid didapati berada pada tahap lemah dan negatif tetapi signifikan. Kesimpulannya, program Super VAKS boleh dijadikan amalan terbaik sekolah biarpun lokasi sekolah terletak di luar bandar kerana murid-murid menunjukkan perubahan sikap yang positif selepas program dilaksanakan. Kajian ini mencadangkan Program Super VAKS boleh diperluaskan ke sekolah-sekolah lain di Malaysia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.