Penggunaan kaedah nyanyian menerusi kit nyanyi, ingat, baca, tulis (nibt) dalam meningkatkan kebolehan menyebut dan menulis huruf Jawi di prasekolah
Type
Thesis
Main Author
Zubaidah Mohaidin
Subject
MT Musical instruction and study
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2017
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Objektif kajian ini ialah untuk menguji peningkatan penguasaan murid prasekolah dalam aktiviti menyebut dan menulis huruf Jawi dengan menggunakan kaedah nyanyian menerusi Kit Nyanyi, Ingat, Baca, Tulis (NIBT). Kaedah nyanyian melalui aktiviti muzik dan gerakan digunakan untuk menentukan peningkatan penguasaan tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Reka bentuk kuasi-eksperimen digunakan dalam pendekatan kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang murid prasekolah dari sebuah sekolah di Kuantan, Pahang. Mereka dikelompokkan kepada dua kumpulan, dan setiap kumpulan mempunyai 30 orang kanak-kanak prasekolah. Kumpulan rawatan yang didedahkan dengan kaedah baru dan kumpulan kawalan diajar dengan menggunakan kaedah konvensional. Kajian eksperimen ini selesai dilaksanakan dalam tempoh 10 minggu. Instrumen kajian yang digunakan terdiri daripada set soalan ujian pra pasca dan senarai semak pemerhatian. Analisis dapatan kajian melibatkan penggunaan statistik deskriptif (min, kekerapan, peratus dan sisihan piawai). Hasil analisis data menunjukkan peningkatan pada nilai min ujian iaitu dari 40.00 kepada 108.00 untuk aktiviti menyebut huruf Jawi manakala peningkatan nilai min dari 39.67 kepada 107.80 bagi aktiviti menulis huruf Jawi. Manakala statistik inferensi iaitu Ujian-T digunakan bagi menguji hipotesis yang menunjukkan bahawa terdapat perbezaan kebolehan kanak-kanak menyebut dan menulis huruf Jawi “Alif” hingga huruf “Nya” bagi kumpulan rawatan dan kawalan. Kesimpulan kajian ini ialah, penggunaan kaedah nyanyian menerusi aktiviti muzik dan gerakan dapat membantu meningkatkan kebolehan kanak-kanak prasekolah untuk menyebut dan menulis huruf Jawi dengan berkesan.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.