UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesan modul kelompok pengurusan tekanan 5R terhadap pengurusan tekanan mahasiswa

AVAILABLE Thesis 1174 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kesan modul kelompok pengurusan tekanan 5R terhadap pengurusan tekanan mahasiswa
Type
Thesis
Main Author
Mohd Shahril Khasin
Subject
BF Psychology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2019
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesan Modul Kelompok Pengurusan Tekanan 5R terhadap pengurusan tekanan dalam kalangan mahasiswa. Objektif kajian adalah untuk mengukur kesan Modul Kelompok Pengurusan Tekanan 5R yang dibangunkan berdasarkan Teori Kognitif Tingkah Laku dan Model Pengurusan Tekanan 5R terhadap pengurusan tekanan dalam kalangan mahasiswa. Kesan modul ini diukur dengan cara membandingkan skor min praujian dan pascaujian pengurusan tekanan antara kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan berdasarkan (a) keseluruhan pengurusan tekanan, (b) submodul rethink (berfikir semula), (c) submodul reduce (mengurangkan), (d) submodul reorganize (menyusunsemula), (e) submodul relax (bertenang), dan (f) submodul release (melepaskan). Kajian ini merupakan kajian kuasi eksperimen dengan dua kumpulan: (a) kumpulan rawatan yang merupakan kumpulan yang diberi Modul Kelompok Pengurusan Tekanan 5R dan (b) kumpulan kawalan yang merupakan kumpulan yang tidak diberi Modul Kelompok Pengurusan Tekanan 5R. Data pengurusan tekanan pula dikumpul berdasarkan praujian dan pascaujian, dan data dianalisis menggunakan Ujian-t Bebas dan Ujian-t Berpasangan. Seramai 40 orang mahasiswa telah dipilih sebagai subjek kajian berdasarkan persampelan rawak. Mereka telah dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu 20 orang mahasiswa dalam kumpulan rawatan dan 20 orang mahasiswa dalam kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan skor min pascaujian yang signifikan antara kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan berdasarkan (a) keseluruhan pengurusan tekanan [t(38)=7.993; p

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.