UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Tujuan kajian ini mengenal pasti peranan kepimpinan pengetua dan faktor kecemerlangan sekolah dalam mempengaruhi ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah menengah agama swasta. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk deskriptif tinjuan. Seramai 438 ibu bapa pelajar di Sek Men Agama, Institut Hafiz Klang, Selangor telah dipilih. Data dianalisis dengan menggunakan analisis statistik deskriptif dan regresi logistik. Dapatan kajian menunjukkan peranan kepimpinan pengetua dalam mendefinisikan matlamat (M=4.23, SD = 0.03), mengurus program sekolah (M=4.59, SD = 0.41) dan membentuk iklim sekolah (M=4.28, SD = 0.44) mempengaruhi ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke Sekolah Agama Swasta. Hasil kajian ini juga menunjukkan kepuasan terhadap sekolah (M=3.61, SD = 0.27), bermatlamatkan akademik (M= 3.62, SD = 0.25) dan kepercayaan nilai sekolah (M= 3.63, SD = 0.24) turut mempengaruhi ibu bapa menghantar anak ke sekolah ini. Manakala, analisis regresi logistik menunjukkan faktor berkongsi maklumat sekolah dan kepentingan pelajar tidak mempengaruhi ibu bapa memilih ke sekolah agama swasta (p>0.05). Kesimpulan daripada kajian menunjukkan peranan kepimpinan sekolah dan imej sekolah adalah penting kepada ibu bapa di dalam pemilihan sekolah menengah agama swasta. Implikasinya pihak sekolah swasta agama perlu peka terhadap faktor- faktor yang mempengaruhi pemilihan sekolah agama swasta dalam kalangan ibu bapa. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |