Aplikasi pembelajaran berasaskan projek bidang seni digital: kajian kes di lima buah institusi pengajian tinggi di Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Ida Puteri Mahsan
Subject
N Visual arts (General) For photography, see TR
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2018
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemahaman pensyarah terhadap Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dan aplikasinya dalam pengajian seni digital di institusi pengajian tinggi (IPT). Persepsi pelajar-pelajar yang terlibat diambil kira untuk melihat kesan PBP kepada para pelajar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes kualitatif. Kaedah yang digunakan untuk mengumpul maklumat adalah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Kebolehpercayaan data dilakukan melalui triangulasi dan penilaian tiga orang pakar. Informan kajian adalah terdiri daripada lima orang pensyarah daripada lima buah IPT di semenanjung Malaysia yang menjadi tenaga pengajar dalam bidang seni grafik, multimedia dan animasi serta sepuluh orang pelajar daripada IPT yang sama. Dapatan kajian menunjukkan pemahaman pensyarah terhadap PBP merujuk kepada tugasan berorientasikan produk, asas kemahiran, pembelajaran bersepadu, dan pembelajaran autentik. Manakala aplikasi PBP dilihat daripada aspek rancangan tugasan, proses perkembangan idea, sesi kritikan, konsultansi, pembentangan dan pameran seni. Dapatan juga menunjukkan penekanan PBP terhadap pembelajaran yang berorientasikan industri dapat membentuk pelajar-pelajar yang inovatif dan produktf. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan konsep PBP mampu dijadikan sebagai salah satu pendekatan alternatif dalam pembelajaran dan pengajaran bagi membina modal insan pada abad ke-21 ini.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.